BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, May 19, 2012

Kursus Sembelih (16 & 17 Mei 20012)

Assalamualaikum.

Minggu ni, aku mengikuti kursus sembelih di JAIS selama dua hari. Mula-mula tu cam x nak ikot, memandangkan tak de kerja kat opis, aku pun join la kursus tu. kursus tu best sebab aku dapat tengok penggunaan stunning kat rumah sembelih lembu/kerbau. praktikal ayam macam biasa la, mesti ada punye. Tapi Alhamdulliah, aku tak kena sembelih.heheh... Nadia kena sembelih, time aku je ayam dah habis disembe oleh peserta-peserta lain. Seronok aku :)

Peserta yang nak dapatkan kad tauliah sembelih lebih kurang 15 orang sahaja, kitorang yang dari R & D ni cuma meramaikan aja. Yang datang ni terdiri dari pelbagai usia. yang paling muda umur 21 tahun dan yang paling tua umur lebih kurang 60 lebih. Dorang semua ni di hantar oleh syarikat masing-masing.


Hari kedua, aku pergi ke tempat penyembelihan seksyen 15 S.Alam. Sebelum masuk, kitorang sempat lagi tangkap gamba untuk kenangan, lebih-lebih lagi para peserta. Mula-mula sampai kat sana, aku takut sangat sebab aku ni kalau tengok darah & binatang kena sembeli, sakit kepala jadinye tapi aku kuatkan diri untuk tengok. Sebelum masuk, kitorang kena pakai boot & baju yang disediakan. dah sampai je tempat lembu kena sembelih tu, jantung aku dah laju, nak-nak bila dengar & nampak lembu tu masuk tempat stunning lagi la aku bederau. Mula-mula lembu tu nak kena sembelih, gigil die satu badan sebab baru lepas stunning. dorang terus je sembelih, part tu aku tak tengok sebab aku tak kuat nak tengok lembu kena sembelih. Bila dah sampai lembu yang keempat tu, aku kuatkan diri untuk tengok lembu tu kena sembelih.

Aku inagat dah lepas empat ekor lembu disembelih dah boleh keluar dari tempat tu.. rupa-rupanya ade lagi beberapa ekor kerbau pulak yang nak disembelih. Kerbau ni lagi banyak darah die. pening aku tengok... Aku cuma tengok kerbau di gantung selepas sembelih. time sembelih, aku tak tengok, tak berani aku. Terjadi pulak satu kejadian tany tak diduga... kerbau yang last kitorang tengok tu, menggelupur, mungkin die tak cukup stunning. orang yang sembelih tu sampai jatuh terduduk. darah die pulak memancut-mancut sampai kena boot & kain kurung aku. Aku punya takut waktu tu, Tuhan je yang tahu. aku paling takot kalu kerbau tu bangun balik... Alhamdulillah tak jadi apa-apa. penyembelih tu pun ok.




lepas balik dari tempat sembelih, ade ceramah sikit tentang isu-isu semasa yang disampaikan oleh En. Solihin. Selepas solat Zohor, semua peserta menjalani ujian bertulis dan bagi peserta yang mengambil kad tauliah akan menjalani ujian lisan. Selesai ujian bertulis aku terus naik pajabat. Tamatlah sudah Kursus Sembelih... Wasalam.

0 comments: