BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Monday, January 20, 2014

Pertemuan Yang Bermakna

Assalamualaikum Semua :)

Lama sangat rasanya tak update blog ni. Aku baru je habis final exam tok sem 3. Sem 3 ni tersangat la busy dan semuanya core subject, so kenalah buat betul2. Aku bukan nak cerita pasal sem3 tapi aku nak cerita tentang pertemuan aku dan buadak sekolah rendah (HIRA')di Pasar malam.

Pada mulanya, aku tak nak pun pergi pasar malam dekat dengan rumah tu, tapi tiba-tiba ja aku rasa macam teringin sangat nak kua pi pasar malam lepas maghrib. Aku pun ajak la mak kua pi pasar malam. Sepanjang aku dekat sana, aku terjumpa kawan sekolah HIRA' iaitu Khadijah Ibrahim bersama emaknya. Almaklumlah, aku dah lama sangat tak jumpa kawan2 sekolah HIRA'. Dalam pertemuan tu, khadijah ada mengajak aku pergi Majlis Perkahwinan Nabila Yaakob. Aku teruja sangat sebab aku tahu kat sana nanti aku akan jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Bila sampai je rumah, aku rasa macam taksangka pulak, patut la aku macam nak sangat pergi pasar malam. Bukan apa, aku ni tak berapa suka pergi pasar malam ni. Aku bersyukur sangat sebab Allah temukan aku dengan khadijah sebab aku rindu nak jumpa kawan-kawan yang lain.

Keesokkan harinya (19/1/2014), Khadijah bg tau yang dia dan Zakiah akan ambil aku kat rumah. Punya la sukanya aku ni sampai aku siap terlalu awal. klaka pulak bila teringat balik (siap kelangkabut lagi, berdeba pun ada). Tah apa2 jekan aku ni, macam orang nak nikah pilak, siap nak bedeba2. Kami bertolak dalam pukul 12.00 tengah hari dan dalam perjalanan tu kami ambil Rayyan dan terus ke destinasi. Setibanya kami di sana, aku melihat sudah ramai yang datang untuk meraikan kedua2 mempelai. Kami pun terus berjumpa kawan2 dan berjumpa keluarga pengantin. Mereka sangat terkejut melihat kehadiranku sebab terlalu lama kami tidak bersua. Seronok sangat, memang riuh meja kami. Selesai makan, kami beramai2 pergi bergamba dengan pengantin. Ramai Muallim dan Muallimah yang aku jumpa cuma aku ingat2 lupa ja nama mereka. Kawan-kawan yang lain pun ramai yang da kawin dan ada yang bawak anak2 lagi. Yang bujang dah tak ramai da.



ni lah muka2 bujang. tu pun tahun ni, ramai yang nak menamatkan waktu bujang mereka. Aku sangat seronok dapat jumpa dorang semua walaupun aku agak kurang bercakap tapi dorang tak sedikit pun yang mengenepikan aku. Pengantin sangat terkejut apabila aku datang berjumpa dengannya. katanya dia tak sangka aku akan datang majlisnya kerana dia cuba untuk mendpatkan no. aku tapi tak ada sorang pun tahu sebab aku tukar no baru. Aku doakan Semoga Nabila dan suami kekal hingga akhir hayat dan aku harap pertemuan ini bukanlah pertemuan yang terakhir aku bersama mereka.



Cukuplah sampai di sini sahaja. Ade cerita nanti aku update ye. Maaf sebab da lama tak update. :)