BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Thursday, August 22, 2013

Harmoni Collection + Hari Raya 2013

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Rindunye aku nak update blog ni dan akhirnya aku dapat juga. Suka x terkata :)

Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan sampaikan nak mulakan dari mana pun tak tahu dah.. ermmm
Ok... Aku mula dari kerja dulu lah. 2 minggu selepas aku cuti sem, aku mula mencari kerja untuk menampung perbelanjaan aku untuk sem akan datang. Almaklumlah kalau duduk umah je nanti jadi malas terlebih, duit pun tak dapat. Pada mulanya aku usah kedai tudung dan aku jumpa sekali tuan kedai tapi setelah seminggu menunggu, jawapannya mengecewakan. Aku mula mencari yang lain di sekitar tempat yang sama dan aku turus diambil bekerja. Hari pertama aku masuk kerja, aku rasa ok je dan tak diduga, aku terpaksa berhenti dek kerana kedua orang tuaku tak suka. Aku pun terus mencari kerja yang lain iaitu kerja di tempat kerja adik aku iaitu Harmoni tapi adik aku dah berhenti sebab dia sambung belajar. Aku pun mula bekerja di sana selama sebulan 2 minggu sahaja. Alhamdulillah aku seronok kerja di sana tapi aku lagi seronok kerja di Canggih tempat mula2 aku kerja dulu.



Gamba kat atas ni time ketorang buka puasa. Mewahkan, Bos (Kak Sha) belanja kitorang makan sebab sale pada hari tu dah terlebih target, seronok sangat. Tapi sebelum tu ada juga dia belanja kitorang makan kat restoran seksyen 13 Shah ALam tanda penghargaan terhadap pekerja. Tengok la muka masing2 yang tak sabar nak makan tu..



Gamba ni waktu si syafiqah last day dan 2 hari lepas tu aku pulak berhenti. Ini lah geng kitorang selama sebulan lebih ni. Macam2 ragam ade, apepun semua tu hanya tinggal kenangan baik pahit atau pun manis.

HARI RAYA 2013


Inilah gamba formal untuk raya tahun ni yang bertemakan warna hijau. tahun ni baju sama tapi fesyen lain2. Raya tahun ni tak rasa sangat tapi best la jg. Duit raya pun tak dapat banyak... (x heran sangat pun sebab dah besarkan)

Raya Pertama :



Raya Kedua :