BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, December 29, 2012

Exam Time

Assalamualaikum kawan2.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1. Sem ni aku x amek banyak subjek, cuma 3 je hehe. Tapi kemalas yang melanda membuatkan aku jadi semakin risau. Belajar di saat akhir adalah kesukaan ku walaupun ia merupakan satu tabiaat yang tidak baik. Aku lebih bersemangat nak balik rumah dari menghadapi peperiksaan. Mane taknye, da lame sangat tak balik rumah, rindu sangat2. Punya la tak sabar, semua barang2 aku da siap kemas, yang tinggal cuma baju yang akan dipakai waktu peperiksaan dan baju harian. Doakan aku ye kawan-kawan, semoga aku dapat jawab peperiksaan dengan tenang, mudah dan peroleh keputusan yang cemerlang. Kepada kawan2 yang akan menghadapi peperiksaan (Farhana Sakinah) aku doakan korang dapat menjawab dengan tenang dan peroleh keputusan yang cemerlang, Ameen.

Friday, December 7, 2012

Owhhhh Durian

Assalamualaikum semua.

Kali ni aku nak cerita pasal buah yang ku idam-idamkan... jeng2............Buah Durian yumyum. Akhirnya aku dapat juga makan buah tu, almaklumlah kat sini tengah musim buah. Alangkah seronoknye aku dapat makan buah tu semalam. Punyelah kempunan, pi pasar malam dengan niat nak beli durian.. bila sampai je sane, mate & hidung aku da jadi rambang dek baunya yang semerbak & durian yang begitu banyak sehingga aku menjadi kaku melihatnya...hahahaha (ayat tak bleh bla la plak).

Jalan-jalan je nampak durian, mane taknya. budak2 lain sibuk nak beli makan malam yang aku sebuk dengan durian. Bila nak balik je aku terus pi tempat jual durian. Aku beli dalam 3 biji RM 10. kire ok la tu, isinye pun sedap. Balik pulak aku terpaksa jalan kaki disebabkan tiada van. Aku tak kesah semua tu, asalkan aku dapat durian yang aku idamkan. Agak lenguh la jugak tangan ni sebab bawak durian.

Lepas Maghrib, aku buat pesta makan durian bersama jiran depan bilikku.. kami bertungkus lumus membuka durian dan makan bersama-sama. Sangat sedap sehingga perut ku mengulas-ngulas (hehe), makan tak beringat la katekan. Ape pun terima kasih la kepada Saidah, Kak Nara, Ada & Wani sebab sudi ajak aku pi pasar malam..




Thursday, November 29, 2012

Durian Crepe

Assalamualaikum semua..

harini aku nak kongsi sedikit cerita berkaitan dengan Durian Crepe. Adelah seorang budak bilik aku ni, keluarga dia ada Bakery, so die pun secara tiba-tiba timbul idea untuk menjual durian crepe dekat budak U. dalam minggu ni sahaja, hidung aku ni bau durian je la..



Dorang cakap makanan ni dah terkenal di KL dulu & baru la di negeri-negeri lain. Tapi aku tak pernah tahu pun, mungkin sebab kat bandar susah dapat durian & harganya mungkin agak mahal la berbanding di sini (Terengganu). Bila tengok je makanan tu, memang rasa nak makan je. Tapi bila aku dah rase sikit, aku tak boleh terima sangat la. Kalau makan sekadar rase je boleh la. Aku tak berapa suke durian yang dah dioleh, memang aku tak makan.

Bila aku tengok je durian tu, aku dapat rasekan yang benda tu bukanlah sesuatu yang susah untuk dibuat cuma leceh sahaja sebab die ada inti. Inti dia durian & krim biase. Luar tu pulak, ada yang guna kulit popia & kulit buat sendiri daripata tepung yang di campur dengan telur, sedikir pewarna dll.

Kepada sesiapa yang tidak pernah makan, cubalah... Kepada yang hantu durian, anda pasti suka dengan kuin tu.. Itu sahaja yang ingin aku kongsikan... Minggu final dah makin dekat ni, doakan aku ye kengkawan semua... Wasalam :)

Monday, November 12, 2012

Ohhhhhh Assignment ku...

Assalamualaikum Sahabat..


Rindu sangat nak update. sekarang ni aku tengah cuti midsem.. ingatkan cuti ni dapat la rehat2, gi jalan2 dll. tapi aku kena siapkan 5 assignment tau dalam sminggu, ni pun aku curi2 masa tok update blog. penat pulak mata ni bile hari2 ngadap laptop. setakat ni, dah dua yang siap. Alhamdulillah aku berjaya siapkan 2 assignment dalam 1 hari. harini pun aku akan cuba siapkan 2 assignment, semoga berjaya Athirah. (cehhhh)

Poneng kepalo den ni hah.. apo pon tak bleh, semuo jadi lambek dek mato nia ponat yo jadi eh. (tibe2 je jadi orang negeri, hehe). ni semua angkara otak da pening... nguap sokmo je ni. aku tak tau la nak tulis ape da ni, teruk sangat da ni, dari tadi asyik nguap tak sudah. kurang oksigen la ni+kurang air = salah sendiri sebab tido lambat+tak suka minum air.


sampai sini je dulu, de masa aku post isu yang menarik ye.. Wasalam.

Tuesday, October 16, 2012

Visited To Pulau Bidong, Terbaikkk

Assalamualaikum.

Kali ni, aku ada cite baik punyeee.. UMT memberi peluang kepada semua pelajar tahun 1 untuk menyertai beberapa aktiviti yang begitu menarik sekali.. iaitu PROGRAM SERVIVAL LAUT & PENGHAYATAN WARISAN. Antara objektifnya adalah untuk kita lebih mengenali hidupan laut (salah satu ciptaan tuhan yang tidak diendahkan oleh manusia), melihat kerjasama antara ahli kumpulan dan merasai kehidupan seorang nelayan.

Pelajar SM Kaunseling & SM Pelancongan berpeluang ke Pulau Bidong pada 15 & 16 Oktober 2012. Perasaan aku pada mula-mula naik bas untuk ke jeti adalah gembira+takut. Gembira sebab nak pi Pulau tapi takut sebab aku tak pandai berenag. Sampai sahaja aku di jeti, aku terus naik bot bersama beberapa rakan (seramai 12 orang). Pada mulanya, abang yang bawak bot tu ok je, sedap je aku menikmati pemandangan laut yang terbentang luas & angin yang begitu sedap sekali. 5 minit selepas itu, abang tu bawak laju sangat, aku tak tau apa yang die nak kejarkan.. Bot tu punye laju buat aku dan kawan-kawan terhentak2 punggung dengan tenpat duduk..die punye sakit, Tuhan je yang tahu. Makin kitorang jerit, makin kuat die bawak bot tu, dah la ombak kuat waktu tu. Taubat aku nak naik bot tu lagi. Nak cerita lajunya bot tu, kitorang merupakan kumpulan ke 3 yang sampai,sedangkan bot kitorang ke 6 yang bergerak pergi.bayangkan betapa lajunya bot tu.

Sampai sahaja di Pulau Bidong, kami diarahkan untuk berkumpul. Aku mendapat Kumpulan Jerung, yang diketuai oleh pelajar kaunseling iaitu Adie. Pada permualaan, majli dimulakan dengan kata aluan dari kapten dan timb. diikuti dengan penyerahan bendera kepada setiap kumpulan dan sorakan dari setiap kumpulan.

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah Water Confident. Pada mulanya, aku rasa agak takut sebab aku tak pandai berenang, terapung tau la. Semua orang diarahkan untuk membuatnya, Alhamdulillah aku boleh buat dengan baik sekali cuma perkara yang tidak ku duga... iaitu semua orang kena berenang sampai ke kapal. jauh tu wei... Mula2 aku cuba berenang biasa tapi tak boleh sebab tak gerak aku... orang lain semuanya dah jauh dari aku so aku cari cara lain dengan berenang dalam keadaan kita terapung, barulah laju sikit. Dipertengahan laut, tiba2 leher aku rasa sakit sangat, aku pun berhenti dan minta bantuan fasi, selepas beberapa minit aku pun teruskan usaha untuk sampai ke kapal.. dan akhirnya aku berjaya juga. Aku ingat dah selesai, rupanya kena renang semula dari kapal ke pulau. Yang seramnye tu, aku kena loncat dari dalam kapal ke laut, seram sejuk aku dibuatnye tapi Alhamdulillah aku boleh. cuma waktu dah terjun tu, aku cam takut tak timbul je... dan aku antara yang terawal yang sampai ke Pulau.

Aktiviti kedua adalah Snorkeling. Aku sangat excited nak lakukan aktiviti ni..bila dah masuk laut tu, aku rasa cam nak nangis je sebab terlalu teruja melihat hidupan laut yang begitu cantik dan aku tak pernah terfikir yang aku akan merasai semua ini. Terima kasih Allah kerana memilih aku untuk melihat keindahan di dasar laut. pelbagai jenis ikan dan warna yang begitu unik sekali. Aku paling tertarik dengan ikan yang warnanya unggu pink. tapi sayangnya, aku tidak berpeluang untuk melihat ikan nemo seperti kawan2ku yang lain. Aku rasa macam tak nak naik je, sangat seronok..

Aktiviti ketiga adalah Memancing . Di sini aku dapat merasakan betapa susahnya untuk menangkap ikan dan makanan laut yang lain. Semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Selama 30 minit, aku cuma mendapat sebanyak 2 ekor ikan sahaja (ikan kerisi). Mabut tu tak yang cakap la, dah ramai yang tubang atas bot, Alhamdulillah aku tak seteruk itu, aku cuma sakit kepala sahaja. Hasil tangkapan kumpulan aku adalah sebanyak 71 ekor ikan. Balik dari memancing, kitorang diarahkan untuk solat dengan mengambil wuduk dengan air laut dan solat dengan pakaian yang basah. Pertama kali dalam hidup aku buat perkara sebegini. Selesai solat, kami menjamu selera.

Pada pukul 2 lebih, kami meneruskan aktiviti keempat iaitu berkayak. Sangat jauh ye destinasi untuk ke jejak warisan. Tangan aku sangat sakit, aku antara yang paling lambat sampai di tempat berkumpul. Apabila semua sudah berkunpul di tengah laut, kami mempuat pertukaran pasangan untuk kayak. Aku antara orang yang dipilih untuk bertukar pasangan. Agak menggigil la kaki ni untuk berlari di atas kayak sampai ke hujung. Ia merupakan satu pengalaman yang agak seronok walaupun agak beresiko.

Aktiviti terakhir adalah Jejak Warisan. aktiviti ini sangat penat kerana kena mendaki bukit yang agak tinggi tapi kumpulan aku dapat mendaki dalam masa yang begitu singkat iaitu selama 15 minit berbanding kumpulan lain. Ia menberi pendedahan kepada ku tentang sejarah peninggalan penjajah dan menunjukan yang penjajah ini masih boleh hidup walaupun dalam hutan walaupun agak sukar padaku.

Pada malamnya, setiap kumpulan diwajibkan untuk membuar persembahan. Kumpulan Udang membuat nyanyian, Kumpulan Pari membuat Dikir barat (memang gempak ar), Kumpulan Ketam membuat sketsah dan Kumpulan Jerung (akulah tu) membuat gabungan sajak+sketsah+koir. Semua persembahan hebat2 belaka. Disebabkan kumpulan Jerung & Pari masih ada bendera, kami diizinkan untuk menjamu selera dahulu (BBQ, ikan yg ditangkap). Ikan tu memang terbaik la, sangat segar dan manis.

Keesokan harinya, kami cuma ada aktiviti gotong-royong dan penyampaian hadiah. Kumpulan Jerung menang sebagai persembahan terbaik pada malam kebudayaan. Akhir sekali majlis salam-salaman dan bersurai. Banyak benda yang aku dapat belajar disana, Aku harap kawan-kawan semua dapat merasa pengalaman ini... Terbaikkk






Sampai sini sahaja, harap anda semua terhibur dengan cerita aku ni, Wasalam.

Tuesday, October 9, 2012

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi.

Aku tak tau nak kongsi ape hari ni tapi tangan aku ni nak menaip je. Maklumla, sekarangkan musim menaip assignment. hehe..

Terlanjur aku da menulis blog ni, aku nak berkongsi dengan korang semua hadis berkaitan ilmu. Semoga perkongsian ini memberi makna kepada anda semua yang membaca.


"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim" (H.R. Ibnu Majah)

"Jadilah kamu orang yang mengajar atau belajar atau pendengar(mendengarkan orang mengaji) atau pencinta(mencintai ilmu) dan (jangan) engkau jadi orang yang kelima(tidak mengajar, tidak belajar, tidak mendengarkan pengajian, dan tidak mencintai ilmu), maka engkau akan hancur" (H.R. Baihaqi)

"Orang yang memudahkan jalan untuk menuntut ilmu. Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya(kepada orang yang menuntut ilmu) karena senang kepada orang yang mencari ilmu" (H.R. At-Tirmizi)

"Saling berlakulah jujur dalam ilmu dan jangan saling merahasiakan. Sesungguhnya berkhianat dalam ilmu pengetahuan lebih berat hukumnya daripada berkhianat dalam harta" (H.R. Abu Na'im)

Ambillah resmi padi, makin berisi makin tunduk dia pada bumi. Ilmu juga umpama mata Pedang, jika tidak diamal dan diajarkan akan tumpul Ia, tidak berguna pada tuannya malah menjadi beban di akhirat nanti.

Aku harap sahabat semua dapat memahami maksud tersurat dan tersirat hadis2 tersebut. Kepada pelajar KEPHAL (11B) 2012, selamat berkonvokasion... Jangan lupakan aku yang tak dapat datang ni... Cukuplah setakat ini sahaja, Wasalam.

Thursday, September 27, 2012

Sekadar Luahan Hati

Assalamualaikum Sahabat yang disayangi..

Sekejap sahaja sudah sebulan aku berada di UMT. Macam-macam yang berlaku selama sebulan ni. Cuaca di terengganu tidak menentu sehinggakan aku berfikir banyak kali untuk membasuh baju, untuk bersukan dan lain-lain lagi. Ada satu hari tu, ribut+hujan lebat sangat... takut jugak aku bila tengok pokok hampir tumbang.. Bagaimanalah suasana pada hujung tahun nanti iaitu musim banjir.. aku agak takut juga menunggu musim tersebut kerana aku belum pernah mengalami suasana banjir.

Masalah lain yang aku alami adalah, tidak memahami apa yang mereka katakan. Mereka dah la cakap bahasa yang aku x faham+laju = ???? Penat aku nak fahamkan apa yang dorang katakan. Penuh cabaran betul ar kat sini. Masalah makan lagi satu hal.. mahal bukan main ag, nak jumpa seafood pun susah... Bila nak beli makanan tu kene fikir awal-awal nak makan apa kalau x, aku akan ambil masa yang lama untuk memilih lauk, dah tu lauk sama je hari-hari.. boleh katekan hapir semua cafe sama lauknya, naik hafal aku lauk-pauk yang ada kat situ.

Aku bukan tak bersyukur, sekadar luahan hati.. Janganlah pandang negatif kat aku ye. Rindu pulak aku nak balik rumah & tak sabar nak balik Raya Haji ni :) (suka3). Sekarang ni assignment semakin banyak dan tak lama lagi akan ada mid term pulak. Aku kena bersedia dan kuatkan fizikal & mental agar aku tidak stress kemudian hari..

Petang tadi selepas aku hantar borang gugur subjek, sempat-sempat je aku & Saidah (budak bilik,Klantan) jalan-jalan di Bangunan Canselor. Maklumlah tak sempat nak ngayau sangat sebab UMT ni besar sangat. Tu jelah cara aku nak ilangkan penat belajar dan jelajah UMT ni.



"Apa-apa pun yang berlaku pada kita, kita kena radho dan senyum sahaja.. kerana senyum itu pengubat segala duka" :) "Senyumlah seikhlas hati, InsyaAllah kita akan berasa tenang dan orang yang melihat kita pun turut tenang"...

Itu sahaja untuk kali ini, Wassalam.

Thursday, September 13, 2012

Kehidupan Baru di UMT

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tidak bersua, rasa rindu pulak. Kali ni aku nak berkongsi sedikit kisah hidupku di UMT. Seperti yang telah aku katakan pada post yg lepas2, aku telah diberi peluang oleh Allah untuk menyambung pelajaranku.

Perjalanan dari rumah (Shah Alam) ke Kuala Terengganu memakan masa 7 jam dengan 4 perhentian. Alhamdulillah, kami telah pun selamat sampai. Pada hari yang dinantikan, aku & keluarga bergerak awal untuk sampai ke UMT.

Minggu Pertama...

Pendaftaran berjalan dengan lancar cuma masa untuk mengambil gambar kad matrik agak sesak. Selesai pendaftaran, aku pun naik ke kolej kediaman. (bukan main jauh ag bilik aku, yang paling ujong pulak tu) Setelah selesai angkat barang+mengemas, keluarga aku pun balik ke selangor semula untuk meneruskan tugas mereka.

Aku duduk di aras 3 blog ATB dan budak bilik aku terdiri daripada orang Kelantan & Terengganu. Mereka semuanya peramah dan aku rasa selesa, cuma apa yang mereka katakan aku tidak faham.. Itulah yang aku lemah. Kadang2 tu aku buat2 faham je ape yang dorang cakap, sabo je la.

Minggu orentasi disini dinamakan sebagai Minggu Jalinan Mesra (MJM). MJM ni ok la (aku x mau komen pape) ada lah serba sedikit ilmu yang aku dapat dari MJM ni. MJM pada aku adalah minggu mandi peluh+penat+sakit kaki.. mane taknye, dari bilik ke DSM jauh bukan main ag. belum agi ke tempat kuliah dekat 30 min baru sampai, nasib la ade jalan pintas yang dipanggil jalan biawak. Pelik jugak aku dengan nama jalan tu, rupa2nye memang banyak biawak, besar2 pulak tu.

Selesai MJM, aku dengan budak bilik pergi berjalan2 di tepi pantai untuk tenangkan diri sambil makan ABC+keropok lekor panas (terbaik).



Minggu kedua...

Bermulalah kuliah.. untuk minggu ni, tak banyak kelas ag tapi aku sibuk dengan mempelajari sistem yang digunakan di UMT, menguruskan borang biasiswa, PTPTN dan borang pengecualian kursus. Semuanya aku berserah pada Yang Esa, aku terima segala keputusanya nanti.

Cuaca kat sini tak menentu kejap hujan, kejap panas. Nak x nak, kenalah bawak payung bila ke kelas. Bila hujan tu, risau jugak sebab air naik tinggi. Aku belum pernah lagi duduk dan alami banjir, takut la jugak...

Setakat ini, aku rasa semuanya ok, pensyarah pun ok.. Aku harap selama 4 tahun aku di UMT ini, akan meningkatkan lagi semangat aku untuk terus berjaya demi membantu Agama, Bangsa & Negara pada masa akan datang, InsyaAllah. dan yang paling penting adalah, aku nak buktikan pada keluarga yang aku mampu buat yang terbaik supaya usaha aku untuk masuk u selama ini tidak sia2. Setakat ini sahaja, Wasalam :)

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum.

TaqabbalAllahu minna waminkum. Minal Aidil Walfaizin.

Bulan Puasa :
Aku membuat beberapa jenis kuih. Pada mulanya, aku cuma nak buat 2 jenis kuih saje, bila dah pi beli barang tu macam-macam pulak yang nampak & terus beli untuk tiga jenis punya. Kuih yang pertama adalah Biskut Lemon Kurma. buat dia memang sangat senang tetapi apabila sudah siap, kurang kemanisannye... so aku bagi nama kuih tu Biskut Diabetes. Biskut kedua pula adalah Biskut Koko krunch. Yang kedua ni menjadi, cukup semuanya (manis+sedap). Yang ketiga Biskut Cornflakes Madu, untuk acuan pertama menjadi. tapi untuk yang kedua ni x berapa nk jadi la. (tp bukan x jadi, cuma tersalah bahan da) sepatutnya guna butter tapi aku campur dengan margerine so die cam terbit minyak bila da masak. makan masa la nak tinggu dia keras tapi ia tetap jadi. Yang terakhir adalah Biskut Arab. dah bape taun aku tak buat biskut ni, aku buat pun sebab aku dah janji dengan nenek nak bawak kuih raya untuk dia. Tapi yang sedihnye kuih ni kurang manis la pulak tapi masih boleh makan.

Macam macam dugaan aku nak buat kuih ni tapi seronok sangat. Lagi p[un buat kuih ni tak mengganggu tarawih aku sebab aku buat waktu pagi sampai petang sahaja. 4 jenis tu aku siapkan dalam masa 2 hari sahaja.

1. Biskut Lemon Kurma (diabetes)


2. Biskut Koko Krunch

3. Biskut Cornflakes Madu

4. Biskut Arab

Tahun ni, keluarga aku balik kampung lambat sikit. so kitorang bergotong-royong di rumah dan masak rendang daging & kuah kacang. Senang sikit kerja, takdelah penat-penat sampai kampung terus nak ke dapur.

Hari Raya :
Raya yang pertama, macam biasalah... beraya di kampung ayah, Melaka. Tahun ni, kitorang ade tema iaitu peach. Seronok pulak bila ade tema ni.. bukan ape, sebelum ni semua pakai warna ikut cita rasa masing-masing. Pada aku, raya kali ni ade kelainan sikit tapi aku tak tau nak kongsi camne.. yang pasti ada sesuatu yang buat aku takkan lupakan :)





Raya Kedua pula, beraya di Rembau kampung emak. Kali ni ramai juga yang adik beradik mak yang datang, antaranya Auntie, Mak Sue, Pak Andak, Mak Teh & Pak Uda. Sangat meriah ya. Tu lah setahun sekali jumpa dorang, hari-hari lain memang susah la sebab masing - masing duduk jauh.




Raya kali ni memang seronok...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dari saya NURUL ATHIRAH dan keluarga :)

Saturday, August 11, 2012

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Assalamualaikum.

Hari ini aku keluar pi shopping MP4.. hehe. Seronok sangat sebab dapat apa yang aku inginkan. Tapi aku bukan nak cerita pasal MP4 ni.

Selepas selesai segala jual beli, aku, ayah, acik & luqman pun balik la. Dalam perjalanan balik, aku berjalan antara SACC Mall & Kompleks PKNS. Ade satu peristiwa yang terjadi dan aku rasa semua ni takkan terjadi sekiranya masing-masing bersabar.

Ada sebuah kereta ni berhenti ditengah jalan dan menurunkan emaknya.. Tiba-tiba kereta dibelakangnya hon beberapa kali. Kereta yang berhenti tadi menyebabkan berlakunya kesesakkan yang teruk. Si emak yang diturunkan tadi dengan marahnya turun dari kereta dan mengetuk kereta yang hon tadi dengan bag tangannya dan berlalu pergi. Tanpa diduga, si pemandu yang hon tadi keluar dari kereta dan memarahi si emak tadi dengan berkata " Ko tak nampak ke ade papan tanda kat situ... Kurang hajar, sesuka hati je nak berhenti, melawan pulak tu ". cuma dailog itu sahaja yang dapat aku dengari. Dah la pemandu tu tengah berapi, si emak pulak simbahnye dengan minyak.. semakin maraklah api kemarahannya.

Pada aku, perkara tu semua tak patut berlaku, ini memalukan diri sendiri. Apasalahnya si pemandu tu bersabar, tidak perlu hon.. bukanya lama pun orang depan tu berhenti. Yang si anak emak tu pun satu, macamlah tiada tempat nak turunkan penumpang. Si emak pun tak mau mengalah tu, siap nak ketuk kereta orang tu... Tak pasal-pasal kena marah depan orang ramai. Alhamdulillah ada pengawal yang leraikan.. kalau tidak tak tahu lah apa nasib si emak tadi.

Tak salah kalau masing bersabar, lagi pun dibulan puasa ni lah kita kena kawal amarah. Tak rugi pun sekiranya kita bersabar malah dapat pahala lagi. Nasihat ini aku tujukan untuk semua yang membaca blog ini dan untuk diri aku juga.


Aku harap, apa yang aku kongsikan ini dapatlah dijadikan iktibar kepada semua. Wasalam...

Sunday, August 5, 2012

Selesai Sudah Tanggungjawabku... Semoga Allah memberkatinya

Assalamualaikum..

Akhirnya, tanggungjawab yang diberikan kepadaku kini sudah pun berakhir. Ini merupakan satu pengalaman dan kenangan yang sangat menyeronokan bagiku. Aku sendiri tidak menduga bahawa aku akan merasai alam pekerjaan walaupun ia hanyalah praktikal. Inilah yang dinamakan takdik Allah, yang mana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnye.

Pengalaman sepanjang berada di JAIS, Unit Halal adalah sesuatu yang di luar bidangku bukanlah mudah untuk dijalani. Tetapi aku berasa sangat seronok dengan tugasan yang diberikan dan ini membuatkan semua kerjaku menjadi mudah. Berkat bantuan semua staf di sana, membuatkan aku lebih berminat dalam bidang tersebut. Banyak ilmu yang aku pelajari di sana.

Aku dapat melihat dan menguruskan dari awal proses menyemak permohonan SPH dilakukan sehinggalah keluarnya Sijil Halal tersebut. Prosesnya : Penerimaan hard copy dari syarikat--> menyemak permohonan--> menerima pembayaran--> membuat audit di syarikat--> membuat laporan audit--> menghadiri mesyuarat bersama Ahli Panel Halal--> merekod sijil yang baru dikeluarkan--> memyerahkan sijil halal kepada syarikat yang berkenaan. Bukan itu saja, malah aku dapat juga menguruskan bahagian Kad Tauliah Penyembelihan, mengikuti Kursus Penyembelihan dan Pematuhan Halal.

Aku lebih banyak menyemak dokumen syarikat. Dari semakan dokumen, banyak benda yang aku dapat belajar seperti nama-nama sains yang sebelum ni aku sendiri tidak mengetahuinya, bahan-bahan kritikal dan yang paling penting adalah pengurusan masa dalam menyemak sesuatu fail yang diberikan.

Aku berterima kasih sangat kepada pegawai-pegawai yang telah membawa aku pergi audit. Aku sangat seronok kerana aku dapat melihat sendiri situasi sesebuah syarikat yang memohon sijil halal. Dari situ, aku dapat mempelajari bahawa bukan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai seorang Eksekutif Halal dan pra syarat untuk mendapatkan sijil halal juga perlu dipatuhi. Sesetengah syarikat yang aku pergi, tidak mengambil berat tentang pra syarat yang diberikan dan isu yang paling diambil mudah oleh mereka adalah telur, iaitu pembasuhan telur yang salah dan ada juga mereka yang tidak membasuh telur tersebut sebelum digunakan.

Pada aku, banyaknya penggunaan telur bukanlah satu alasan bahawa mereka tidak sempat membasuh telur tersebut. Ini kerana terdapat beberapa syarikat yang lain boleh melaksanakanya dengan mudah. Jadi tiada alasan yang perlu mereka beri.

Pelbagai cabaran yang aku lalui di sana, antaranya adalah berkaitan dengan elaun. Ini bermakna, sepanjang praktikal, aku tidak mendapat apa-apa income, memang menguji aku. Tapi aku tak terasa sangat sebab aku duduk dengan keluarga tetapi Nadia mungkin terasa kerana dia duduk di ruah sewa dan membawa kenderaan sendiri. Aku hanya berbelanja dengan menggunakan duit simpanan ku sendiri. Itu semua merupakan satu ujian pada aku dan kawan-kawan ku yang lain dan kami tempuhi dengan sabar.

3 minggu terakhir, seramai 5 orang pelajar praktikal dari POLISAS melaporkan diri untuk menjalankan tugas selama 5 bulan di JAIS dan ini memudahkan lagi tugas staf di sana kerana dengan kehadiran mereka dapatlah meringankan sedikit beban yang dipikul oleh staf.

Hari terakhirku, banyak benda yang perlu diuruskan.. Dan itu semua telah pun selesai. Aku berasa sangat lega... Selepas ini, banyak urusan lain yang perlu aku lakukan dan aku berharap agar pengalaman dan ilmu yang telah aku perolehi ini dapat menjadikan satu jalan untuk ku teruskan perjuangan.




Ribuan terima kasih diucapkan kepada Staf R&D terutamanya Unit halal yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Kad raya ini ikhlas dari saya Nurul Athirah

Saturday, July 14, 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum

Aku seronok sangat sebab apa yang aku idam-idamkan selama ini, termakbul jua.. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat-sangat :) Selama setahun aku menanti jawapan ni, akhirnya Allah beri peluang jua pada aku untuk sambung belajar di salah sebuah IPTA. Pada mulanya, aku sangat takut nak tengok keputusan sebab aku takot kalau keputusan tu mengecewakan aku tetapi keputusan tu sebaliknya....

Aku berjanji dengan diri aku untuk belajar dengan rajin supaya usaha aku untuk masuk IPTA selama ini tak sia-sia. Aku berterima kasih juga kepada mereka yang turut mandoakan aku untuk mendapat tempat belajar terutamanya keluargaku.

Walaupun aku dapat tempat jauh dari keluarga, aku harap aku dapat belajar dan menjadikan jarak yang jauh ini sebagai satu cabaran pada aku supaya aku boleh buktikan yang aku mampu peroleh kejayaan. Amin...

Aku nak ucapkan tahniah juga kepada sesiapa yang mendapat tempat belajar di mana-mana IPT dan diharap agar anda semua dapat belajar sungguh-sungguh, InsyaAllah.

Sunday, July 8, 2012

Nasi Arab, Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku suke sangat sebab janji nak belanja keluargaku 'nasi arab' tercapai jua. Dah lama aku tunggu saat ni sebab ade je adik2 aku yang tak de. Kali ni, Atih dengan Alang tak dapat ikot sebab dorang kerja. Tak rezeki dorang nak makan sama-sama, tapi aku tetap belikan untuk dorang.

Mulanya aku nak ajak makan dekat Cyberjaya, disebabkan aku dan Along lupe jalan terpaksa la bawak makan dekat Seksyen 9 Shah Alam. Aku makan dekat Restoran Zam Zam. Dekat sini, tempatnya lagi besar berbanding di Cyberjaya dan nasinye lagi sedap.. tapi di Cyberjaya daging kambingya lagi sedap sebab dibungkus dalam aluminium dan dihidang sekali dengan sup.

Aku dengan mak macam biasalah.. makan tak habis, hehe.. tapi tak pe sebab Luqman dan Along yang tukang habiskan.. Memang kena time la datang restoran tu sebab tengah lapo sangat, berselera sangat (nyum3). Harga dia pilak memang berpatutan la, kena dengan bajet aku.

Lepas ni, boleh la aku makan lagi dekat sini....






Selamat Mencuba ya...

Saturday, July 7, 2012

Renung-renungkan :)

Assalamualikum sahabat.

Kali ni, aku nak korang semua memahami disebalik gambar-gambar di bawah ni, banyak masudnye... Aku harap dengan berkongsi gambar-gambar ni dapat menyedarkan semua orang termasuk aku sendiri, InsyaAllah.











CANTIK DI HATI

* Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
* Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia daripada masa muda yang abadi.
* Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
* Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber untuk kebijaksanaan.
* Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
* Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
* Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggeterkan hati.
* Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
* Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
* Ambillah waktu untuk beramal, itulah kunci untuk ke syurga.

Petikan dari majalah Wanita, Bil 1482.

- diharap anda dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat di dalam petikan di atas.

Saturday, June 30, 2012

RINDU..

Assalamualaikum semua :)


Kali ni aku nak cerita tentang RINDU.. HAti aku tergerak nak cerita tentang ni, munkin sebab aku rindukan orang kot ?????? Bila dah rindu, susah nak lupakan orang yang dirindui tu, rase sakit pun ada jugak sebab tak dapat luahkan... Pada aku, perasaan rindu dan sayang sesuatu perasaan yang sangat unik sebab die datang tanpa dipinta dan sukar ditafsir.. tapi semua ini adalah fitrah manusia yang Allah kurniakan, cuma kita sebagi hambanya jaganlah terlalu menyayangi dan merindui seseorang lebih daripada kita menyayingi dan merindui Allah.

Aku pernah rindukan seseorang sehingga aku sendiri tidak tenteram. Aku rase berdebar-debar dan tak keruan. Betapa sakitnya bila rindu, hanya Allah je yang tahu..

Aku nak kongsi sikit pasal rindu ni :
Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak. Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Cinta tidak semestinya berlainan jantina sahaja. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Imam Tahtawi r.a. menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada Imam Suyuti r.a. :
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Oleh yang demikian, kita haruslah memelihara perasaan yang diberikan kerana ia merupakan satu nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita dan harus diingatkan supaya peliharalah perasaan tersebut. Jangan kerana perasaan itu kita terjerumus ke lembah yang hina. Aku cuma memperingatkan sahaja.. ingat mengingatikan satu amalan yang mulia :)

Tiba-tiba aku teringat pada lagu nyanyian kumpulan Hijjaz-Rindu dengarlah ye lagu ni di youtube.

Sunday, June 17, 2012

Pesta Buku Di Ole-ole Shah Alam

Assalamualaikum :)

Rindunye nak update blog ni, hehe. Hari ni aku keluar shopping.. tapi aku beli benda yang perlu je sebab aku dah beli persiapan untuk raya (awalkan). Cuma tinggal tudung dan kasut sahaja. Aku malas nak beli tudung dulu sebab baju pun belum tempah lagi :( , tapi yang penting tema raya taun ni warna oren.

Paling best hari ni ada PESTA BUKU anjuran Sinar Harian. Setibanya aku disana (cewah ayat), Aku jadi rambang mata sebab banyak sangat novel yang ada. Pada mulanya, aku cuma nak beli 2 novel sahaja tetapi disebabkan hasutan along, aku pun belilah 3 novel (takut nyesal la katekan).

Aku beli novel hasil karya Maya Rasyidah, Fauziah Ashari & Liza Nur. Nak pilih novel je dah makan masa, sampai along dangan luqman bengang tunggu aku. Mane tak lame, banyak sangat pilihan, ade less 20% lagi tu. Time nak bayar tu, aku nampak 2 orang novelis turut hadir di pesta buku tersebut iaitu Anwar Nursi & Rabihah. Teruja jugak bila dapt bersua muka dengan penulis ni tapi sayangnye, aku belum pernah lagi baca buku hasil nukilan mereka.

Sampai rumah je, aku rase sangat seronok dapat beli banyak novel. Makin bertambahlah koleksi novel aku ni.

Pesta Buku...



Novel Baru...



Koleksi Novelku...



Sampai sini sahaja dulu, Wasalam :)