BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Friday, March 30, 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum



Aku seronok sangat hari ni sebab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terima aku & nadia praktikal kat sane. Alhamdulillah... Itu la khabar yang aku tunggu-tunggu selame ni. Tapi aku tetap tunggu jawapan dari industri makanan yang lain, mane la tau aku de rezeki tok praktikal kat dalam industri plak...

Selesai dah satu masalah. Tinggal tunggu final exam dan viva (pembentangan tesis). Alhamdulillah, tesis kumpulan aku pun dah 80% siap, cuma nak cantikkan balik ayat & tambah sikit-sikit isi yang tak lengkap.

Esok aku & budak kelas KEPHAL pi PD. Sir Zainal yang bawak kitorang. Aku harap semuanye berjalan lancar & kawan-kawan yang lain seronok di sana nanti. Semoga kenangan yang kita bina bersama membawa seribu makna & mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita, InsyaAllah.

Thursday, March 22, 2012

Huat Lai (22/3/2012)

Assalamualaikum..

Hari ni budak2 KEPHAL pi Huat Lai kat Serkam, Melaka. Aku suke sebab dapat jalan hari ni tapi dalam masa yang sama aku rase sangat takut sebab kena sembelih ayam. Kitorang sampai kat sene dalam pukul 10.00 pagi. Korang nak tau bau die, masyaAllah... nak termuntah aku dibuatnye tapi aku tahan je. Waktu tengah wat lawatan tu seronok la sebab dapat tengok tempat2 yang aku tak pernah terpikir akan pergi hari ni.

Sangat seronok sebab dapat pengalaman yang tak semua orang dapat. Sebelum aku masuk kawasan pemprosesan ayam tu, kitorang disuruh memakai pakaian yang pihak HL sediakan.






Macam nak masuk bilik pembedahan pun ade gak.. Dalam kawasan tu memang sangat sejuk ek, sampai bernafas pun kua asap. Bau kat dalam tu memang tak ya cakap ar kan tapi bile dah lawat tempat tu memang nampak ar care pemprosesan ayam di HL sangat sistematik. Habis je lawatan, kitorang pu menjamu selera di kantin HL. Wah... lauk die memang banyak ar, kenyang sangat. Alhamdulillah :)

Lepas menunaikan solat zohor, kitorang de satu tugasan penting... tugasan yang sangat mendebarkan iaitu Sembelih Ayam. Tangan aku memang gigil ar waktu tu, sejuk je... Tapi aku kuatkan semangat tok bedepan dengan ayam.hahaha... Kalau nak tau aku bejaye @ tak sembelih ayam, tengok ar video ni..



Alhamdulillah, semuenye dah selamat.. Akhirnya aku berjaya juga jalankan tugas sebagai Penyembelih. Perasaan aku waktu tu memang sangat takut dan kesian sampai gigil tangan pegang pisau tapi aku kuatkan semangat juga. Bila dah selesai tu, rase seronok la, almaklumlah petame kali sembelih. Sebelum ni kalau kat kampung tu sedare aku nak sembelih ayam, memang aku tak kua umah punye. kalau aku tengok mesti aku pening & nak muntah. Tapi hari ni Allah bagi aku kekuatan. "Ya Allah terima kasih kerana memberi aku kekuatan"...

Saturday, March 17, 2012

Akidah & Remaja

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak bercerita tentang "Akidah Dan Remaja".. Zaman sekarang ni, ramai remaja yang telah rosak akhlaknya dan tidak kuat akidahnya. Mereka belajar tentang akidah Islam tetapi tidak mengamalkanya.. Seperti "Ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tidak berbuah". sia-sia je...

Isu-isu yang timbul kini sangat menyedihkan dan memalukan. Kita sebagai umat Islam harus bersatu dalam menangani isu akidah ini, apabila kita bersatu barulah nampak kekuatan Islam itu dan agama-agama lain akan takut dengan kita. Para remaja juga harus berjuang dengan nafsu mereka agar perkara yang boleh meruntuhkan akidah tidak berlaku..

(Isu yang di bincangkan oleh Ustaz Zainudin Hashim)

Apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan, ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam, lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala keputusan dalam kehidupan.

Lahirlah manusia-manusia yang menduakan Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya : “Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."

Persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akala semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad, musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada agama Islam.

Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan

Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Walaupun isu ini nampak serius tetapi ramai manusia di luar sana tidak mengambil endah. Dalam hal begini, peranan keluarga sangat penting untuk membimbing anak-anak mereka supaya tidak kecundang di kemudian hari.. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting untuk membentuk jati diri individu tersebut.. Keluarga perlulah memantau atau mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan agar tidak menyesal di kemudian hari.

17 Mac 2012

Assalamualaikum :)

Rindunye dengan blog ni... Kali ni aku nak cerite tentang ape yang aku buat pada 17 Mac 2012.

Pukul 2.00 ptg keluarga aku pi amek adik aku yang no 3 dari poli tok jalan2 cari makan, heheheh. Dalam perjalanan, tibe-tibe van kitorang mati enjen la plak..tapi alhamdulillah kitorang da pun sampai kat shopping complex. Sementara nak tunggu ayah uruskan van,kitorang pi la jalan-jalan & shopping... Dalam kol 2.40 ptg, barulah ayah datang & terus pi makan kat KENNY ROGERS ROASTERS, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Ayah belanje,huhu..Seronok sagat sebab dah lame kitorang sekeluarga tak berkumpul cam ni... Almaklumlah masing-masing sibuk dengan pengajian. Tengok ar muke gembire masing-masing....







Habis makan-makan kitorang jalan jap & balik. Tapi de masalah lain plak yang timbul... Van kan dah rosak, so ayah bawak kerete pulak, memang tak muat ar kan..so ayah pi anta alang (no3) balik poli..aku, along, atih & acik lepak kat SACC Mall sementara tunggu ayah anta alang. Kitorang jalan-jalan ar.. Masuk-masuk je kat dalam ade Karnival Animasi & Maskot 2012, memang best ar kan :) terbaikkkkkkkkkkk..
Kitorang amek peluang ar amek gamba dengan maskot-maskot tu... Comelllll. Kalau tak caye tengok ar sendiri gamba kat bawah ni...






Amacam, caye tak???? dorang comelkan tambah pulak dengan adenye gamba aku, lagi la terserlah kecomelan maskot-maskot tu.Hehehehe.. Ayah sampai je kitorang terus cite kat mak ayah, dorang gelak je dengar cite kitorang. Suke aku balik kali ni, bersyukur sangat sebab dapat berkumpul satu keluarga... Aku akan sentiasa rindu saat-saat cam ni :)

" Ya Allah, kau lindungilah ahli keluargaku dari segala malapetaka dan satukanlah hati kami agar silaturrahim antara kami tidak putus ". Amin...