BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, March 17, 2012

Akidah & Remaja

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak bercerita tentang "Akidah Dan Remaja".. Zaman sekarang ni, ramai remaja yang telah rosak akhlaknya dan tidak kuat akidahnya. Mereka belajar tentang akidah Islam tetapi tidak mengamalkanya.. Seperti "Ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tidak berbuah". sia-sia je...

Isu-isu yang timbul kini sangat menyedihkan dan memalukan. Kita sebagai umat Islam harus bersatu dalam menangani isu akidah ini, apabila kita bersatu barulah nampak kekuatan Islam itu dan agama-agama lain akan takut dengan kita. Para remaja juga harus berjuang dengan nafsu mereka agar perkara yang boleh meruntuhkan akidah tidak berlaku..

(Isu yang di bincangkan oleh Ustaz Zainudin Hashim)

Apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan, ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam, lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala keputusan dalam kehidupan.

Lahirlah manusia-manusia yang menduakan Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya : “Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."

Persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akala semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad, musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada agama Islam.

Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan

Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Walaupun isu ini nampak serius tetapi ramai manusia di luar sana tidak mengambil endah. Dalam hal begini, peranan keluarga sangat penting untuk membimbing anak-anak mereka supaya tidak kecundang di kemudian hari.. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting untuk membentuk jati diri individu tersebut.. Keluarga perlulah memantau atau mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan agar tidak menyesal di kemudian hari.

0 comments: