BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, May 19, 2012

Kursus Sembelih (16 & 17 Mei 20012)

Assalamualaikum.

Minggu ni, aku mengikuti kursus sembelih di JAIS selama dua hari. Mula-mula tu cam x nak ikot, memandangkan tak de kerja kat opis, aku pun join la kursus tu. kursus tu best sebab aku dapat tengok penggunaan stunning kat rumah sembelih lembu/kerbau. praktikal ayam macam biasa la, mesti ada punye. Tapi Alhamdulliah, aku tak kena sembelih.heheh... Nadia kena sembelih, time aku je ayam dah habis disembe oleh peserta-peserta lain. Seronok aku :)

Peserta yang nak dapatkan kad tauliah sembelih lebih kurang 15 orang sahaja, kitorang yang dari R & D ni cuma meramaikan aja. Yang datang ni terdiri dari pelbagai usia. yang paling muda umur 21 tahun dan yang paling tua umur lebih kurang 60 lebih. Dorang semua ni di hantar oleh syarikat masing-masing.


Hari kedua, aku pergi ke tempat penyembelihan seksyen 15 S.Alam. Sebelum masuk, kitorang sempat lagi tangkap gamba untuk kenangan, lebih-lebih lagi para peserta. Mula-mula sampai kat sana, aku takut sangat sebab aku ni kalau tengok darah & binatang kena sembeli, sakit kepala jadinye tapi aku kuatkan diri untuk tengok. Sebelum masuk, kitorang kena pakai boot & baju yang disediakan. dah sampai je tempat lembu kena sembelih tu, jantung aku dah laju, nak-nak bila dengar & nampak lembu tu masuk tempat stunning lagi la aku bederau. Mula-mula lembu tu nak kena sembelih, gigil die satu badan sebab baru lepas stunning. dorang terus je sembelih, part tu aku tak tengok sebab aku tak kuat nak tengok lembu kena sembelih. Bila dah sampai lembu yang keempat tu, aku kuatkan diri untuk tengok lembu tu kena sembelih.

Aku inagat dah lepas empat ekor lembu disembelih dah boleh keluar dari tempat tu.. rupa-rupanya ade lagi beberapa ekor kerbau pulak yang nak disembelih. Kerbau ni lagi banyak darah die. pening aku tengok... Aku cuma tengok kerbau di gantung selepas sembelih. time sembelih, aku tak tengok, tak berani aku. Terjadi pulak satu kejadian tany tak diduga... kerbau yang last kitorang tengok tu, menggelupur, mungkin die tak cukup stunning. orang yang sembelih tu sampai jatuh terduduk. darah die pulak memancut-mancut sampai kena boot & kain kurung aku. Aku punya takut waktu tu, Tuhan je yang tahu. aku paling takot kalu kerbau tu bangun balik... Alhamdulillah tak jadi apa-apa. penyembelih tu pun ok.




lepas balik dari tempat sembelih, ade ceramah sikit tentang isu-isu semasa yang disampaikan oleh En. Solihin. Selepas solat Zohor, semua peserta menjalani ujian bertulis dan bagi peserta yang mengambil kad tauliah akan menjalani ujian lisan. Selesai ujian bertulis aku terus naik pajabat. Tamatlah sudah Kursus Sembelih... Wasalam.

Sunday, May 13, 2012

Sekadar luahan hati

Assalamualaikum.

Hari ni, aku seronok sagat bila dengar kawan2 aku nak tunang, nak kahwin. Tapi tiba2 rasa cemburu pulak datang, ye la aku ni tak jumpa lagi jodoh aku. Adakah kerana aku ni terlalu memilih?? Bukan ke memilih tu penting, nikan tok mase depan aku jugak. Aku pun tak tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Aku cuma nak yang terbaik je. Tapi kadang2, bila terlalu cerewet la yang membuatkan orang perempuan sekarang lambat kahwinkan. Takut aku kalau kawin lambat.

Tadi aku keluar dengan mak pergi jalan2, aku ternampak la seorang ibu muda membawa anak kecil jalan2. Aku cakap dengan mak yang aku teringin nak bawak anak aku sendiri jalan2 macam orang yang aku nampak tadi, mak cakap " boleh je tapi janganlah memilih sangat ". Aku tanya lagi mak, " sesuai ke kalau angah ade anak seusia sekarang? " Mak kate " Boleh je,cuma awak je yang tak nak ". hehe... Teringin tu memang ade cumma nak cari calon tu yang masalah sebab aku ni cerewet.

Ape2 pun aku nak ucapkan tahniah kat kawan2 kolej aku yang nak kahwin dan tunang pada tahun ni. Semoga korang semua kekal sehingga akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh & solehah, Amin.

Saturday, May 12, 2012

Isu Agama

Assalamualaikum.

Kali ni aku menulis blog atas dasar permintaan seorang hamba Allah yang menyuruh aku menerangkan tetang onani. Hakikatnya aku tak berapa reti untuk menerangakan tentang perkara ini.InsyaAllah aku akan cuba menerangkan dengan jelas tentang perkara ni.

Maksud Onani : perbuatan mengeluarkan ain mani dengan menggunakan tangan atau peralatan lain untuk kepuasan syahwat bagi melepaskan tekanan seksual(lelaki). Manakala perempuan pula adalah dengan memasukan jari atau sesuatu benda keras ke dalam faraj bagi menimbulkan ransangan sehingga klimaks.

Sekiranya melakukan onani itu kerana mencari keseronokan maka hukumnya adalah HARAM. Ini kerana ianya termasuk perbuatan keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai syahwat dan dikhuatiri akan terjebak kepada zina. Hukum onani boleh juga menjadi haram apabila seseorang itu menggunakan gambar lucah atau berkhayal tentang perkara yang boleh mendatangkan nafsu, ini bukan lagi onani untuk mencegah zina sebaliknya untuk mencari keseronokan dan kepuasan diri.

Hukum onani juga boleh menjadi makruh sekiranya ia mempunyai cara yang lebih baik seperti berpuasa, menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat.

Surah An-Nazi'at : 40-41 " Ada pun orang yang takut dengan kebesaran tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya ".

Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu berkahwin dan takut terjatuh ke lembah maksiat adalah harus. bahkan kaedah fiqhiah juka menyatakan : " Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang ".

Cara mengatasi : Sentiasa dekatkan diri pada Allah, elakan dari melihat & membaca perkara-perkara lucah, Jangan biarkan diri sendiri bersendirian kerana ditakuti anda tidak dapat melawan hasutan syaitan & yang paling penting adalah bagi mereka yang berkemampuan, eloklah anda berkahwin.

Surah Thalaq : 2-3 " Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya ".

Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan dan menjada hati namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa. Sabda baginda : " Sesungguhnya agama ini adalah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan diri dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu) " - Hadis sahih riwayat Bukhari.

Aku mintak maaf sekiranya penerangan ini tidak jelas. Cukup sekadar ini sahaja yang dapat aku terangkan. Wasalam.

Friday, May 11, 2012

Praktikal ?????

ASSALAMUAIKUM. Sedar tak sedar, dah seminggu aku praktikal. Buat mase ni memang tak de keje la (bosan yang amat). Mana taknye, budak praktikal yang ade kat situ ada 40++, macam mane la dorang nak ngadap ramai2 tu. tenaga kerja pun tak ramai. Redho je la... Untuk minggu pertama ni, aku cuma tolong2 apa yang patut je la tapi luar bidang aku. Aku & Nadia masuk2 je kitorang kene buat proses pelupusan buku2 lama. Banyak sangat buku tu, perpustakaan memang bersepah ar. Punye la banyak sampai, 3 hari baru siap tau. Time dah siap tu memang seronok la.. Walaupun keje die simple tapi penat + sakit hidung, mane taknye buku2 lame tu bila dah lupuskan, berdebu tak tahan aku. penat sebab duduk lama2. Agak terkejut la aku bila kena buat semua ni.

Hari Khamis & Jumaat, aku belajar dari kakak2 praktikal untuk cek data pemohon, belajar cara isi data pemohon dalam sistem & macam2 la aku tanya akak tu. maklum la, aku baru nak praktikkan teori yang aku belajar dulu. Alhamdulillah aku buat tesis tentang tajuk proses permohonan tu, aku faham la cara permohonan tu cuma belum buat je lagi. Akak2 tu ade cakap, lepas ni staff akan bawak budak2 praktikal pi audit, masuk mesyuarat dengan penel2 untuk penentuan keputusan. Tak sabar pulak aku nak pi audit dgn masuk mesyuarat. Aku nak sangat dapat pengalaman tu. Aku harap dapat sumbangkan sesuatu dan dapat belajar sesuatu dan mendapat pengalaman sepanjang praktikal ni. Aku mintak maaf sebab tak boleh cerita lebih2 sebab aku takut terburukan @ orang lain akan salah anggap dengan cerita aku ni. Kalau ikutkan memang banyak benda yang aku nak kongsi dengan korang. Harap korang semua faham ye.

Sunday, May 6, 2012

Family Day with classmate (3 Mei 2012)

Assalamualaikum. Family day yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya mempunyai banyak kesulitan tapi Alhamdulillah semuanya gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan. Ni la kali terakhir aku & kawan2 berjalan, makan, gurau senda bersama2. lepas ni tak tau lagi bila nak jumpa. Masing2 dah praktikal jauh2. Destinasi yang kitorang pergi hari tu adalah Zoo Melaka, Bowling Ayer Keroh dan Pantai puteri. Zoo Melaka... Aku seronok sagat dapat jalan ramai2. Lagi pun aku dah lama tak pergi zoo. bila tengok gelagat masing-masing, aku jadi gembira sangat. Bila dipikirkan perpisahan yang akan tiba keesokan harinya, hati aku jadi sebak pulak. Aku dah la jarang ikot dorang jalan2. Tengok la gamba kat bawah ni:

Tengok la tudung aku..memang bengang ar aku time tu. da tak de tempat lain dah burung tu nak berak gaknye.. hilang mood aku kejap. nak nangis pun ade gak time tu :(
Bowling... Lepas solat Zohor, kitorang pi main Bowling kat MIBC. Aku tak mau main tapi dorang soh main la pulak. aku mula2 tu dah tenang ar ati nak baca novel, bila aku masuk je dalam tu, nama aku dah tertera kat skrin pemain bowling... Geram ar gak mula2 tapi aku wat kepala aku la. Abang Hazim paksa aku main gak sampaikan dia sanggup pi amek kasut tok aku..terharu pun ade gak tapi ape boleh buat, aku tetap dengan pendirian aku ni (NAK BACA NOVEL). PAKSA PUNYA PAKSA, AKU PUN MAIN LA SATU KALI JE. lepas tu, group aku la yang mainkan. kesian la pulak aku tengok dorang tu. yang tak boleh bla tu, markah aku paling tinggi tau tak. tu semua sebab orang hebat2 yang mainkan.hehehe. Aku punya serbasalah sampai habis permainan la.kalau tengok muka group aku je, aku jadi bersalah. nak2 abang Hazim. Group aku : Abang Hazim, Abang Farhan, Fathy & Nadia.
Pantai Puteri... Untuk aktiviti malam, kitorang buat kat Pantai Puteri. budak umah aku semua sampai lambat sebab kitorang pi beli cenderamata untuk budak kelas & pensyarah. Sampai2 je dorang tengah wat BBQ. sedap betol bau, dah la aku tak makan tengah hari, memang berkeroncong ar perut aku. angin pulak kuat, tak tahan badan aku, sejuk betol. menggigil organ2 aku.hehe. Aku mintak maaf la budak kelas sebab datang makan je, tak tolong pun korang wat BBQ. Selesai makan2,kitorang wat sesi penyampaian cenderamata, salam-salaman & bergambar. sebelum balik, kitorang kenakan kak Nazilah sebab hari tu bezday die.
Kenangan Terakhir di MISDEC... Ni gambar formal KEPHAL 11B.
Cukup la sampai sini dulu. Kalu bebel panjang2 pun penat pulak korang nak bace. Pape pun aku akan rindu korang semua... Esok masing2 dah nak pi praktikal. Good Luck & Semoga Allah permudahkan segala urusan. InsyaAllah.