ASSALAMUAIKUM. Sedar tak sedar, dah seminggu aku praktikal. Buat mase ni memang tak de keje la (bosan yang amat). Mana taknye, budak praktikal yang ade kat situ ada 40++, macam mane la dorang nak ngadap ramai2 tu. tenaga kerja pun tak ramai. Redho je la... Untuk minggu pertama ni, aku cuma tolong2 apa yang patut je la tapi luar bidang aku. Aku & Nadia masuk2 je kitorang kene buat proses pelupusan buku2 lama. Banyak sangat buku tu, perpustakaan memang bersepah ar. Punye la banyak sampai, 3 hari baru siap tau. Time dah siap tu memang seronok la.. Walaupun keje die simple tapi penat + sakit hidung, mane taknye buku2 lame tu bila dah lupuskan, berdebu tak tahan aku. penat sebab duduk lama2. Agak terkejut la aku bila kena buat semua ni.
Hari Khamis & Jumaat, aku belajar dari kakak2 praktikal untuk cek data pemohon, belajar cara isi data pemohon dalam sistem & macam2 la aku tanya akak tu. maklum la, aku baru nak praktikkan teori yang aku belajar dulu. Alhamdulillah aku buat tesis tentang tajuk proses permohonan tu, aku faham la cara permohonan tu cuma belum buat je lagi. Akak2 tu ade cakap, lepas ni staff akan bawak budak2 praktikal pi audit, masuk mesyuarat dengan penel2 untuk penentuan keputusan. Tak sabar pulak aku nak pi audit dgn masuk mesyuarat. Aku nak sangat dapat pengalaman tu. Aku harap dapat sumbangkan sesuatu dan dapat belajar sesuatu dan mendapat pengalaman sepanjang praktikal ni. Aku mintak maaf sebab tak boleh cerita lebih2 sebab aku takut terburukan @ orang lain akan salah anggap dengan cerita aku ni. Kalau ikutkan memang banyak benda yang aku nak kongsi dengan korang. Harap korang semua faham ye.
Pergi yg tak akan kembali lagi.
1 day ago
0 comments:
Post a Comment