BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, May 12, 2012

Isu Agama

Assalamualaikum.

Kali ni aku menulis blog atas dasar permintaan seorang hamba Allah yang menyuruh aku menerangkan tetang onani. Hakikatnya aku tak berapa reti untuk menerangakan tentang perkara ini.InsyaAllah aku akan cuba menerangkan dengan jelas tentang perkara ni.

Maksud Onani : perbuatan mengeluarkan ain mani dengan menggunakan tangan atau peralatan lain untuk kepuasan syahwat bagi melepaskan tekanan seksual(lelaki). Manakala perempuan pula adalah dengan memasukan jari atau sesuatu benda keras ke dalam faraj bagi menimbulkan ransangan sehingga klimaks.

Sekiranya melakukan onani itu kerana mencari keseronokan maka hukumnya adalah HARAM. Ini kerana ianya termasuk perbuatan keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai syahwat dan dikhuatiri akan terjebak kepada zina. Hukum onani boleh juga menjadi haram apabila seseorang itu menggunakan gambar lucah atau berkhayal tentang perkara yang boleh mendatangkan nafsu, ini bukan lagi onani untuk mencegah zina sebaliknya untuk mencari keseronokan dan kepuasan diri.

Hukum onani juga boleh menjadi makruh sekiranya ia mempunyai cara yang lebih baik seperti berpuasa, menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat.

Surah An-Nazi'at : 40-41 " Ada pun orang yang takut dengan kebesaran tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya ".

Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu berkahwin dan takut terjatuh ke lembah maksiat adalah harus. bahkan kaedah fiqhiah juka menyatakan : " Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang ".

Cara mengatasi : Sentiasa dekatkan diri pada Allah, elakan dari melihat & membaca perkara-perkara lucah, Jangan biarkan diri sendiri bersendirian kerana ditakuti anda tidak dapat melawan hasutan syaitan & yang paling penting adalah bagi mereka yang berkemampuan, eloklah anda berkahwin.

Surah Thalaq : 2-3 " Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya ".

Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan dan menjada hati namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa. Sabda baginda : " Sesungguhnya agama ini adalah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan diri dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu) " - Hadis sahih riwayat Bukhari.

Aku mintak maaf sekiranya penerangan ini tidak jelas. Cukup sekadar ini sahaja yang dapat aku terangkan. Wasalam.

0 comments: