Assalamualaikum..
Hari ni budak2 KEPHAL pi Huat Lai kat Serkam, Melaka. Aku suke sebab dapat jalan hari ni tapi dalam masa yang sama aku rase sangat takut sebab kena sembelih ayam. Kitorang sampai kat sene dalam pukul 10.00 pagi. Korang nak tau bau die, masyaAllah... nak termuntah aku dibuatnye tapi aku tahan je. Waktu tengah wat lawatan tu seronok la sebab dapat tengok tempat2 yang aku tak pernah terpikir akan pergi hari ni.
Sangat seronok sebab dapat pengalaman yang tak semua orang dapat. Sebelum aku masuk kawasan pemprosesan ayam tu, kitorang disuruh memakai pakaian yang pihak HL sediakan.
Macam nak masuk bilik pembedahan pun ade gak.. Dalam kawasan tu memang sangat sejuk ek, sampai bernafas pun kua asap. Bau kat dalam tu memang tak ya cakap ar kan tapi bile dah lawat tempat tu memang nampak ar care pemprosesan ayam di HL sangat sistematik. Habis je lawatan, kitorang pu menjamu selera di kantin HL. Wah... lauk die memang banyak ar, kenyang sangat. Alhamdulillah :)
Lepas menunaikan solat zohor, kitorang de satu tugasan penting... tugasan yang sangat mendebarkan iaitu Sembelih Ayam. Tangan aku memang gigil ar waktu tu, sejuk je... Tapi aku kuatkan semangat tok bedepan dengan ayam.hahaha... Kalau nak tau aku bejaye @ tak sembelih ayam, tengok ar video ni..
Alhamdulillah, semuenye dah selamat.. Akhirnya aku berjaya juga jalankan tugas sebagai Penyembelih. Perasaan aku waktu tu memang sangat takut dan kesian sampai gigil tangan pegang pisau tapi aku kuatkan semangat juga. Bila dah selesai tu, rase seronok la, almaklumlah petame kali sembelih. Sebelum ni kalau kat kampung tu sedare aku nak sembelih ayam, memang aku tak kua umah punye. kalau aku tengok mesti aku pening & nak muntah. Tapi hari ni Allah bagi aku kekuatan. "Ya Allah terima kasih kerana memberi aku kekuatan"...
Raya pertama dan kedua 2025 kami.
6 days ago
0 comments:
Post a Comment