BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, June 2, 2012

SERONOK SANGAT...

Assalamualaikum.

Lame rasenye tak update blog ni. Busy la, lagi pun tak tau nak kongsi cerita ape dengan korang semua. 24 Mei 2012 - aku dan beberapa lagi budak praktikal di JAIS dilantik menjadi urusetia Taklimat Pematuhan Halal di MPSJ, Subang Jaya. Program ini atas kerjasama Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS dan MPSJ. program ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari. Di dalam taklimat tersebut, terdapat 3 pembentangan kertas kerja :

1. DASAR PENGURUSAN HALAL NEGERI SELANGOR
(EN. AHMAD SOLIHIN BIN MARYAKON, JAIS)

2. CABARAN TERHADAP PENGUATKUASAAN APD 2011
(EN. HAMZAH BIN MAHADI, KDNKK)

3. KUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM MEMBANTU PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
(EN. ISMAIL BIN SALIM, MPSJ)

Pada aku, penyampaian secara keseluruhan bagus cuma audien yang datang tidak berapa faham kerana mereka masih menganggap bahawa makanan yang dihasilkan oleh orang Islam adalah halal. Hasil soal selidik yang dibuat, aku dapat simpulkan bahawa majoriti yang datang hanya semata-mata mahukan sijil penyertaan dan mereka tidak pandang serius terhadap keperluan umat Islam pada masa kini. Ada yang tidak berpuas hati terhadap permohonan sijil halal kerana proses mengambil masa yang lama. Bagi aku, permohonan tersebut lambat @ cepat bergantung kepada pemohon kerana jika mereka mengisi borang tidak lengkap, borang itu tidak dapat diproses dan itu bukanlah kesilapan dari pihak berkuasa.

Sambil tu, dapat lah aku sedikit ilmu yang lebih mendalam tentang APD dan Dasar Pengurusan Halal. Pada aku, program macam ni bagus jika dibuat oleh setiap negeri supaya umat Islam sedar akan kepentingan halal dalam kehidupan umat. Sekarang ni, orang bukan Islam juga mahukan makanan atau barang yang mempunyai logo halal kerana mereka yakin bahawa barang tersebut bersih dan selamat. Sepatutnya umat Islam harus sedar dan lebih berhati-hati terhadap makanan dan barangan yang digunakan seharian agat ibadah kita diterima Allah. InsyaAllah.



Pada pukul 12.00 tengah malam (1 Jun 2012), aku ikut pegawai pergi audit di 2 tempat iaitu Kuala Selangor & Pelabuhan Klang. Aku naik kereta dengan En. Muhamad dan En. Solihin. akak-akak praktikal yang lain naik dengan En. Yassin da En. Shouib. Destinasi pertama adalah Kuala Selangor. Sampai je kat sana, mak ai bau die nak muntah dibuatnye. Bos suruh kitorang yang budak praktikal ni pergi cek ayam yang dah kena sembelih tapi aku tak buat pun hehe. yang cek cuma kak Izzah, kak Dila, kak Jannah, kak Ina dan danial. aku, kak Ain & kak Nana tak cek pun, kitorang tengok je. Lama jugak lah kitorang dekat situ, sampai habis ayam-ayam tu disembelih.


Dalam pukul 3 pagi,kitorang pergi Pelabuhan Klang pulak. lupe nak cakap, yang rumah sembelih tadi membuat penyembelihan secara menual dan En. Muhamad cakap tempat kedua ni gunakan stunning. Bila sampai je tempat tu, aku tengok la cara penyembelihan die tapi waktu tu dah banyak ayam yang dah disembelihnye. Mengikut apa yang aku dengar dari pegawai, tempat ni pernah mintak sijil halal tapi tak dapat @ ditarik balik sebab ada ayam yang mati kerana arus elektrik yang tinggi. Waktu aku datang tu, dorang sembelih secara menual je sebab mesin dorang dalam proses baik pulih. kat sini lagi kuat bau die berbanding kat K. Selangor td, sampai berair mata aku tahan loya dek bau busuk tu. Cuma beberapa minit sahaja kitorang kat situ & lepastu terus balik.

aku sampai rumah pada pukul 4.00++ pagi. Ape pun aku seronok sangat dapat keluar pergi audit malam tu. Cukup lah sampai disini dahulu ye. Wasalam :)

0 comments: