Assalamualaikum..
Tinggal beberapa hari je lagi aku akan menjalani 4 peperiksaan untuk Kursus yang aku ikuti sekarang. Aku x suke la kelas hari selasa & rabu ni.. tapi kelas tu penting jugak, aku tak bace pape pn ag untuk pekse ni...xkn nak jawab ikot suke ati je... klu x bace cam ne nak faham, klu faham pun x banyak. Tesis lagi satu masalah, tah bile la nak siap agaknye. Makin banyak kene buat adelah. Nak kate tesis ni susah x jugak, tapi kalau x faham memang susah ar..Pening3. Lagi satu perkare yang aku fikir pasal nenek aku.. Nenek aku sakit :( Dr. cakap mate belah kiri die dah tak boleh berfungsi ag.. sedih aku dengar. Bile balik kampung ari tu lagi sedih, die lemah je. Aku tak pernah tegok die selemah tu. Sebelum ni, kalau die sakit, tak macam orang sakit pun.. nak menangis aku bile teringatkan die. Dah la aku da lame tak balik kampung, balik2 je die sakit cam teruk. Merah sangat mate die, selera makan x de, jalan pun lemah je.. "Ya Allah, Kau berilah kesabaran kepada nenek agar dia lebih kuat menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan". Tak tau nak cakap ape ag. Aku saje je nak bebel dalam blog ni.. Almaklumla, sekarang ni aku tinggal sorang2 dalam kelas, tak tau nak buat ape...heheSahabat Sejati
Renungkanlah...
Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."
1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.
7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.
(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)
Monday, April 23, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Sedih + Bengang = Jiwa kacau
Assalamualikum.
18/4/2012 : 11.00 mlm-12.00 mlm
Satu kejadian yang tak diduga berlaku di rumah sewa aku….sliding door terkunci dari dalam.. aku cam nak nangis je.cuak sangat, tak tau nak mintak tolong sape. Budak umah pulak semuenye pi main badminton.. nampaknye terpaksalah aku fikir sorang2. Bila aku dah cuba banyak kali x leh jugak. aku tepon ar Azfar mintak tolong, tu lagi sorang buat sakit ati je.. cisssssssssss
Aku baru teringat yang kak jiha n kak yana ada. Aku pi la umah dorg mntak tolong tapi sebelum tu aku solat dulu, semoga Allah permudahkan perkara yang sulit ni… lepas tu kak jiha & kak yana pun bertungkus-lumus membuka pintu tu. Tapi tidak juga Berjaya. Ikhtiar terakhir adalah minta tolong budak lelaki… kak jiha pun tepon ar abg paan soh tolong… 10 min lepas tu abg paan & abg Emad pun datang… Abg imad kopak pintu tu & betulkan balik. Memang lama la nak fikir cam ne nak masuk. Otak aku time tu memang dah x leh nak fikir ape dah.. aku rase nak pecahkan je sliding door tu…
Alhamdulillah selesai, tapi pelbagai soalan bermain di minda ni.. cam ne boleh terkunci dari dalam sedangkan pintu tu x de kunci pun???? Aku cek la satu umah beberapa kali bagi memastikan yang tiada tanda2 orang masuk umah… memang sangat takut saat tu tapi aku kuatkan semangat & berfikir positif.. Buntu aku dibuatnye… Terima kasih Ya Allah kerana kau menghantar abg Emad & abg Paan untuk tolong aku. Aku bersyukursangat bila dapat masuk.. Terima kasih juga kepada kak Jiha & kak Yana sebab tolong temankan kite sepanjang kejadian berlaku.
Tengok la, bertungkus-lumus akak JIHA & YANA membuka pintu
Tegok la abg2 tu... bersungguh2 :)
Posted by tira at 7:48 PM 0 comments
Sunday, April 15, 2012
Assalamualaikum..
Aku sebenarnye tak tau nak cite ape. Disebabkan buak2 KUIM Final Exam minggu depan, aku nak ucapkan Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya. Kepada pelaja KEPHAL, tinggal minggu dapan je lagi kite akan habis kelas.. lepastu dah exam & viva (GOOD LUCK).
Aku nak kongsi sikit pengalaman aku kat KEPHAL....
Beberapa minggu yang lepas, banyak sangat perkara yang berlaku. Yang paling best adalah duit elaun dah masuk (bulan 1&2). Buat mase ni, aku x de beli ape2 lagi cuma guna untuk duit belanja. abaikan... disebabkan elaun ni, kitorang (bdk KEPHAL) menjadi semakin rapat kerana kami sering keluar makan bersama terutamanya perempuan. Seronok sangat:)
4/4/2012 - aku & peserta KEPHAL pergi KUIM. Aku memang seronok la bila dapat tau nak pi KUIM. Tapi sedihnye aku tak dapat jumpa pensyarah sebab dorang ade meeting. Kat KUIM, disediakan satu tapak kite orang (MISDEC). kitorang de jual serunding (daging/ayam), minyak angin (aku x igat name da), promot stevia & bukak kaunter untuk kemasukan KEPHAl pada masa akan datang. Aku dah lama tak menjual, hasil jualan aku pun sikit je tapi pengalaman tu yang seronok.... Dapat la aku tengok gelagat bedak kelas & dapat jugak aku jumpa kawan lama/ budak umah.
Balik dari KUIM, kitorang pi makan kat Ikan Bakar Kuala Sungai Baru (kedai keluarga Shahmin). Makanan die..mak ai sodap eh.. memang kenyang ar, Alhamdulillah. Lepas makan, aku & kawan2 pi tengok Shahmin tangkap ikan todak.. Mak ai mucong, takot den nengok eh. dapat la aku pegang ikat tu tapi time die nyawa2 ikan la. hehe. Sebelum balik, Shamin bawak kitorng semue naik bot. Best sangat, almaklumlah pertama kali naik la katekan. Terserlah wajah gembira masing2 nak2 budak perempuan. Aizhan pun ikot sekali, untung die... macam2 pengalaman yang die dapat sepanjang ikot kursus ni.
7/4/2012 - Kitorang pi MIHAS di KLCC. banyak sengat industrri kat dalam tu. die gabungkan antarabangsa & Malaysia. Time ni memang seronok la kalau nak cari tempat praktikal & lorong kerja. Aku jadi pening skit bila kat sana, banyak sangat kedai da can serabut pun ade. Yang bestnye, aku dapat bergamba dengan Chef Ismail. kalau nak tau die tu kawan mak aku waktu zaman sekolah.(rase2 x mau tau, abaikan ye)... aku dan akak2 ni sanggup beratur panjang semate2 nak dapatkan aiskrim FREE :)
Disebabkan aiskrim tadi, mase aku dah x banyak nak jalan2 dalam dewan tu. Berlari aku,nadia n kak Dhia sebab budak laki dah tunggu kitorang kat lua... Tengah lari2, tibe2 kitorang jumpa Nasya Aziz, terus berhenti kitorang semata2 nak bergamba dengan die.. cam kelaka je waktu tu.. sangat penat ari tu.. Petang sebelum balik, kitorang singgah kat THE MINES. aku x de beli pape cuma nadia je la yang banyak beli. Mood Shopping aku x de ar time tu, mungkin sebab terlalu penat kot. Sampai MISDEC dalam kol 10 lebih... malam tu pulak, tinggal aku & kak wani je dalam umah. Masing2 wat hal sendiri,penat punye pasal.
Sampai sini je dulu tok kali ni. x tau nak tulis pe ag...otak dah kering ni, x leh nak perah da. Sorry la sebab kali ni aku bebel panjang sangat.. Harap x jemu dengan cite aku ni. Wasalam.
Posted by tira at 1:30 AM 0 comments
Friday, March 30, 2012
Alhamdulillah :)
Assalamualaikum
Aku seronok sangat hari ni sebab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terima aku & nadia praktikal kat sane. Alhamdulillah... Itu la khabar yang aku tunggu-tunggu selame ni. Tapi aku tetap tunggu jawapan dari industri makanan yang lain, mane la tau aku de rezeki tok praktikal kat dalam industri plak...
Selesai dah satu masalah. Tinggal tunggu final exam dan viva (pembentangan tesis). Alhamdulillah, tesis kumpulan aku pun dah 80% siap, cuma nak cantikkan balik ayat & tambah sikit-sikit isi yang tak lengkap.
Esok aku & budak kelas KEPHAL pi PD. Sir Zainal yang bawak kitorang. Aku harap semuanye berjalan lancar & kawan-kawan yang lain seronok di sana nanti. Semoga kenangan yang kita bina bersama membawa seribu makna & mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita, InsyaAllah.
Posted by tira at 6:50 AM 0 comments
Thursday, March 22, 2012
Huat Lai (22/3/2012)
Assalamualaikum..
Hari ni budak2 KEPHAL pi Huat Lai kat Serkam, Melaka. Aku suke sebab dapat jalan hari ni tapi dalam masa yang sama aku rase sangat takut sebab kena sembelih ayam. Kitorang sampai kat sene dalam pukul 10.00 pagi. Korang nak tau bau die, masyaAllah... nak termuntah aku dibuatnye tapi aku tahan je. Waktu tengah wat lawatan tu seronok la sebab dapat tengok tempat2 yang aku tak pernah terpikir akan pergi hari ni.
Sangat seronok sebab dapat pengalaman yang tak semua orang dapat. Sebelum aku masuk kawasan pemprosesan ayam tu, kitorang disuruh memakai pakaian yang pihak HL sediakan.
Macam nak masuk bilik pembedahan pun ade gak.. Dalam kawasan tu memang sangat sejuk ek, sampai bernafas pun kua asap. Bau kat dalam tu memang tak ya cakap ar kan tapi bile dah lawat tempat tu memang nampak ar care pemprosesan ayam di HL sangat sistematik. Habis je lawatan, kitorang pu menjamu selera di kantin HL. Wah... lauk die memang banyak ar, kenyang sangat. Alhamdulillah :)
Lepas menunaikan solat zohor, kitorang de satu tugasan penting... tugasan yang sangat mendebarkan iaitu Sembelih Ayam. Tangan aku memang gigil ar waktu tu, sejuk je... Tapi aku kuatkan semangat tok bedepan dengan ayam.hahaha... Kalau nak tau aku bejaye @ tak sembelih ayam, tengok ar video ni..
Alhamdulillah, semuenye dah selamat.. Akhirnya aku berjaya juga jalankan tugas sebagai Penyembelih. Perasaan aku waktu tu memang sangat takut dan kesian sampai gigil tangan pegang pisau tapi aku kuatkan semangat juga. Bila dah selesai tu, rase seronok la, almaklumlah petame kali sembelih. Sebelum ni kalau kat kampung tu sedare aku nak sembelih ayam, memang aku tak kua umah punye. kalau aku tengok mesti aku pening & nak muntah. Tapi hari ni Allah bagi aku kekuatan. "Ya Allah terima kasih kerana memberi aku kekuatan"...
Posted by tira at 6:49 AM 0 comments
Saturday, March 17, 2012
Akidah & Remaja
Assalamualaikum.
Kali ni aku nak bercerita tentang "Akidah Dan Remaja".. Zaman sekarang ni, ramai remaja yang telah rosak akhlaknya dan tidak kuat akidahnya. Mereka belajar tentang akidah Islam tetapi tidak mengamalkanya.. Seperti "Ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tidak berbuah". sia-sia je...
Isu-isu yang timbul kini sangat menyedihkan dan memalukan. Kita sebagai umat Islam harus bersatu dalam menangani isu akidah ini, apabila kita bersatu barulah nampak kekuatan Islam itu dan agama-agama lain akan takut dengan kita. Para remaja juga harus berjuang dengan nafsu mereka agar perkara yang boleh meruntuhkan akidah tidak berlaku..
(Isu yang di bincangkan oleh Ustaz Zainudin Hashim)
Apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan, ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam, lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala keputusan dalam kehidupan.
Lahirlah manusia-manusia yang menduakan Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya : “Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."
Persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akala semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad, musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada agama Islam.
Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan
Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.
Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.
Walaupun isu ini nampak serius tetapi ramai manusia di luar sana tidak mengambil endah. Dalam hal begini, peranan keluarga sangat penting untuk membimbing anak-anak mereka supaya tidak kecundang di kemudian hari.. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting untuk membentuk jati diri individu tersebut.. Keluarga perlulah memantau atau mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan agar tidak menyesal di kemudian hari.
Posted by tira at 8:19 AM 0 comments
17 Mac 2012
Assalamualaikum :)
Rindunye dengan blog ni... Kali ni aku nak cerite tentang ape yang aku buat pada 17 Mac 2012.
Pukul 2.00 ptg keluarga aku pi amek adik aku yang no 3 dari poli tok jalan2 cari makan, heheheh. Dalam perjalanan, tibe-tibe van kitorang mati enjen la plak..tapi alhamdulillah kitorang da pun sampai kat shopping complex. Sementara nak tunggu ayah uruskan van,kitorang pi la jalan-jalan & shopping... Dalam kol 2.40 ptg, barulah ayah datang & terus pi makan kat KENNY ROGERS ROASTERS, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Ayah belanje,huhu..Seronok sagat sebab dah lame kitorang sekeluarga tak berkumpul cam ni... Almaklumlah masing-masing sibuk dengan pengajian. Tengok ar muke gembire masing-masing.... 




Habis makan-makan kitorang jalan jap & balik. Tapi de masalah lain plak yang timbul... Van kan dah rosak, so ayah bawak kerete pulak, memang tak muat ar kan..so ayah pi anta alang (no3) balik poli..aku, along, atih & acik lepak kat SACC Mall sementara tunggu ayah anta alang. Kitorang jalan-jalan ar.. Masuk-masuk je kat dalam ade Karnival Animasi & Maskot 2012, memang best ar kan :) terbaikkkkkkkkkkk..
Kitorang amek peluang ar amek gamba dengan maskot-maskot tu... Comelllll. Kalau tak caye tengok ar sendiri gamba kat bawah ni...



Amacam, caye tak???? dorang comelkan tambah pulak dengan adenye gamba aku, lagi la terserlah kecomelan maskot-maskot tu.Hehehehe.. Ayah sampai je kitorang terus cite kat mak ayah, dorang gelak je dengar cite kitorang. Suke aku balik kali ni, bersyukur sangat sebab dapat berkumpul satu keluarga... Aku akan sentiasa rindu saat-saat cam ni :)
" Ya Allah, kau lindungilah ahli keluargaku dari segala malapetaka dan satukanlah hati kami agar silaturrahim antara kami tidak putus ". Amin...
Posted by tira at 5:02 AM 0 comments








