Assalamualaikum...
Di petang yang dingin ini, ingin ku coretkn beberapa kenangan lalu yang telah ku lalui dengan penuh liku. hehe x leh bla kan ayat aku. Aku nak kongsi sedikit tentang aktiviti yang telah aku lakukan pada semester ini iaitu MINI KARNIVAL KAUNSELING DI ILP. Ni merupaka assignment di bawah subjek Apprisal Dalam Kaunseling. Setiap kumpulan mempunya 8 ke 10 orang ahli dan setiap kumpulan perlu membuat aktiviti ini di mana-mana tempat yang mereka suka. Bagi aku agak berat untuk buat benda ni dengan hanya 8 orang ahli sahaja tetapi setelah melakukannya, aku agak mudah kerana kerjasama antara ahli kumpulan dan kaunselor ILP sangat memudahkan perjalanan program.
Ketika Program :
Kami hanya diberi 2 jam sahaja untuk membuat program ini dan Alhamdulillah kami dapat membuat dengan jayanya. Para pelajar di sana sangat bagus dan mereka memberi kerjasama sepanjang program berlangsung. Kami menyediakan beberapa slot iaitu slot berkaitan bagaiman untuk menhilangkan stigma terhadap kaunseling, slot permainan, slot inventory, dan slot relexation. Program ini fokus kepada Pengurusan Stress. hasilnya (rahsia, hehe).... Kaunselor ILP sangat bagus siap bagi tau lagi bagai mana nak buat program yang lebih besar, nak tarik perhatian peserta dan slot-slot yang bagus untuk beberapa program. Terlalu banyak ilmu yang aku perolehi daripada kaunselor tersebut. Aku doakan agar para pelajar di ILP dapat memperoleh kejayaan kelak.
Naltar Valley with beautiful lakes
3 months ago
0 comments:
Post a Comment