BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Saturday, January 26, 2013

Aku sedang diuji oleh Allah

Assalamualaikum.

Aku sedih sangat sebab barang yang aku sayang kini sudah tiada. Pada mulanya, aku tak dapat nak terima apa yang berlaku. Bila aku fikirkan semula, mungkin dengan cara ini Allah hapuskan dosaku dan keluarga. Aku redho... Aku tahu, Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan seseorang. Cuma tika aku bersendirian, aku menjadi sangat sedih bila teringatkan apa yang berlaku.. semuanya berlaku dengan pantas dan aku tahu, tidak mungkin aku dan keluarga akan dapat semula barang2 tersebut.Semua yang berlaku ada hikmahnya. " Ya Allah, kau kuatkanlah ahli keluargaku dalam menghadapi ujian yang Kau berikan ini". Aku berserah kepada engkau dan aku ikhlas dengan ujian ini. Apa pun yang berlaku, kita harus berfikiran positif dan senyum kerana ia akan menenagkan kita dan bersangka baiklah dengan Allah. Sesungguhnya Die lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Sunday, January 13, 2013

Muffin Vanilla

Assalamualaikum Sahabat.

Kali ni, aku buat muffin vannila. Tiba2 je tekak ni rase nak makan kek tapi bahan tak ade la pulak, jadi aku buat je la ape yang ade.

Aku nak kongsi sedikit resepi yang tersangat la simple :

a) Tepung muffin perissa vanilla
b) 3 biji telur ayam
c) 110 g air
d) 135 g minyak sayur

* campurkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga sebati
* bakar ke dalam oven dan di dalam suhu 180 - 200 c

Inilah hasilnya :


Selamat mencuba ye...

Friday, January 11, 2013

Dalam suka, ada duka...

Assalamualaikum semua...

Aku dah mula cuti sem.. Keputusan final aku x berani nak jangka takut kecewa... Ok, sekarang ni aku nak cite pasal perjalanan pulangku dari asrama hinggalah ke rumah.. Aku diuji Allah.. "Allah tidak akan uji seseorang hamba itu diluar kemampuannya". Mulanya, aku turun asrama tiada masalah, dalam perjalanan ke Kompleks Sukan, tiba-tiba aje roda bag tarik aku tercabut belah kanan. Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku waktu tu, sama ada nak marah, nak nangis atau nak tergelak.. Aku pun cuba sedaya upaya untuk memasang semula roda tersebut. Berpeluh2 aku dibuatnya.


Aku terus berusaha dengan harapan roda tu akan terpasang semula.. Tapi usaha aku sia-sia. Nadia yang ada pun turut tolong aku tapi tetap sia-sia. Aku malas nak fikir panjang sebab aku dah lambat naik bas UMT, tak pasal2 kena tinggal pulak. Aku ambil cara mudah dengan mengheret bag tersebut sehingga ke gelanggang futsal. Sampai sana, aku dah tak larat. Aku pun minta bantuan Zu. Dia datang dan tolong aku angkat bag tu.. Bag aku berat sangat sampai kitorang tak larat sangat nak angkat.. Aku pun tarik dengan menyondongkan bag ke arah kiri yang beroda tu, tiba2 je roda lagi satu tercabut... memang nak nangis aku dibuatnye.. bas da nak gerak pulak tu, perjalanan aku nak ke bas jauh lagi.. Aku sedih sangat2..


Tapi aku usahakan juga sampai ke bas.. pedih sangat tangan aku sampai menggigil2... Aku terfikir, nanti kat stesen bas, macam mana la nak angkat.. Tiba sahaja di stesen bas, aku tinggalkan bag aku jauh dari tempat aku duduk sebab aku dah tak larat nak angkat bag tu. Bas sampai sahaja aku terus angkat bag dan terpaksa tebalkan muka mintak tolong pak cik2 tu angkatkan bag aku.. Terima kasih pak cik. Sepanjang perjalanan aku memikirkan bagaimana nanti ayah nak angkat bag tu? Tak habis fikir aku sampai tertidur aku.. Sampai sahaja, ayah pun ambil bag aku dan angkat bawak ke van. Tak pasal2 ayah mandi peluh pagi2 bute tu dek angkat bag aku yang tersangat la berat tu... maaf la, angah tak tau pulak blh jadi cam ni, Allah nak uji kesabaran angah.. Alhamdulillah angah mampu hadapi dan masih boleh berfikir dalam keadaan begitu.. Pertama kali dalam hidup aku, dan aku dapat pengajaran dari kejadian tu.. aku tak boleh sumbat barang banyak2 dalam bag sehingga terlebih muatan, hehe.. Last2 diri sendiri yang merana.. Itu sahaja yang ingin aku kongsikan untuk kali ini. Apa-apa pun aku seronok sebab dah selamat sampai ke rumah dengan selamat. Wasalam.

Saturday, December 29, 2012

Exam Time

Assalamualaikum kawan2.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1. Sem ni aku x amek banyak subjek, cuma 3 je hehe. Tapi kemalas yang melanda membuatkan aku jadi semakin risau. Belajar di saat akhir adalah kesukaan ku walaupun ia merupakan satu tabiaat yang tidak baik. Aku lebih bersemangat nak balik rumah dari menghadapi peperiksaan. Mane taknye, da lame sangat tak balik rumah, rindu sangat2. Punya la tak sabar, semua barang2 aku da siap kemas, yang tinggal cuma baju yang akan dipakai waktu peperiksaan dan baju harian. Doakan aku ye kawan-kawan, semoga aku dapat jawab peperiksaan dengan tenang, mudah dan peroleh keputusan yang cemerlang. Kepada kawan2 yang akan menghadapi peperiksaan (Farhana Sakinah) aku doakan korang dapat menjawab dengan tenang dan peroleh keputusan yang cemerlang, Ameen.

Friday, December 7, 2012

Owhhhh Durian

Assalamualaikum semua.

Kali ni aku nak cerita pasal buah yang ku idam-idamkan... jeng2............Buah Durian yumyum. Akhirnya aku dapat juga makan buah tu, almaklumlah kat sini tengah musim buah. Alangkah seronoknye aku dapat makan buah tu semalam. Punyelah kempunan, pi pasar malam dengan niat nak beli durian.. bila sampai je sane, mate & hidung aku da jadi rambang dek baunya yang semerbak & durian yang begitu banyak sehingga aku menjadi kaku melihatnya...hahahaha (ayat tak bleh bla la plak).

Jalan-jalan je nampak durian, mane taknya. budak2 lain sibuk nak beli makan malam yang aku sebuk dengan durian. Bila nak balik je aku terus pi tempat jual durian. Aku beli dalam 3 biji RM 10. kire ok la tu, isinye pun sedap. Balik pulak aku terpaksa jalan kaki disebabkan tiada van. Aku tak kesah semua tu, asalkan aku dapat durian yang aku idamkan. Agak lenguh la jugak tangan ni sebab bawak durian.

Lepas Maghrib, aku buat pesta makan durian bersama jiran depan bilikku.. kami bertungkus lumus membuka durian dan makan bersama-sama. Sangat sedap sehingga perut ku mengulas-ngulas (hehe), makan tak beringat la katekan. Ape pun terima kasih la kepada Saidah, Kak Nara, Ada & Wani sebab sudi ajak aku pi pasar malam..




Thursday, November 29, 2012

Durian Crepe

Assalamualaikum semua..

harini aku nak kongsi sedikit cerita berkaitan dengan Durian Crepe. Adelah seorang budak bilik aku ni, keluarga dia ada Bakery, so die pun secara tiba-tiba timbul idea untuk menjual durian crepe dekat budak U. dalam minggu ni sahaja, hidung aku ni bau durian je la..



Dorang cakap makanan ni dah terkenal di KL dulu & baru la di negeri-negeri lain. Tapi aku tak pernah tahu pun, mungkin sebab kat bandar susah dapat durian & harganya mungkin agak mahal la berbanding di sini (Terengganu). Bila tengok je makanan tu, memang rasa nak makan je. Tapi bila aku dah rase sikit, aku tak boleh terima sangat la. Kalau makan sekadar rase je boleh la. Aku tak berapa suke durian yang dah dioleh, memang aku tak makan.

Bila aku tengok je durian tu, aku dapat rasekan yang benda tu bukanlah sesuatu yang susah untuk dibuat cuma leceh sahaja sebab die ada inti. Inti dia durian & krim biase. Luar tu pulak, ada yang guna kulit popia & kulit buat sendiri daripata tepung yang di campur dengan telur, sedikir pewarna dll.

Kepada sesiapa yang tidak pernah makan, cubalah... Kepada yang hantu durian, anda pasti suka dengan kuin tu.. Itu sahaja yang ingin aku kongsikan... Minggu final dah makin dekat ni, doakan aku ye kengkawan semua... Wasalam :)

Monday, November 12, 2012

Ohhhhhh Assignment ku...

Assalamualaikum Sahabat..


Rindu sangat nak update. sekarang ni aku tengah cuti midsem.. ingatkan cuti ni dapat la rehat2, gi jalan2 dll. tapi aku kena siapkan 5 assignment tau dalam sminggu, ni pun aku curi2 masa tok update blog. penat pulak mata ni bile hari2 ngadap laptop. setakat ni, dah dua yang siap. Alhamdulillah aku berjaya siapkan 2 assignment dalam 1 hari. harini pun aku akan cuba siapkan 2 assignment, semoga berjaya Athirah. (cehhhh)

Poneng kepalo den ni hah.. apo pon tak bleh, semuo jadi lambek dek mato nia ponat yo jadi eh. (tibe2 je jadi orang negeri, hehe). ni semua angkara otak da pening... nguap sokmo je ni. aku tak tau la nak tulis ape da ni, teruk sangat da ni, dari tadi asyik nguap tak sudah. kurang oksigen la ni+kurang air = salah sendiri sebab tido lambat+tak suka minum air.


sampai sini je dulu, de masa aku post isu yang menarik ye.. Wasalam.