BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Friday, January 11, 2013

Dalam suka, ada duka...

Assalamualaikum semua...

Aku dah mula cuti sem.. Keputusan final aku x berani nak jangka takut kecewa... Ok, sekarang ni aku nak cite pasal perjalanan pulangku dari asrama hinggalah ke rumah.. Aku diuji Allah.. "Allah tidak akan uji seseorang hamba itu diluar kemampuannya". Mulanya, aku turun asrama tiada masalah, dalam perjalanan ke Kompleks Sukan, tiba-tiba aje roda bag tarik aku tercabut belah kanan. Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku waktu tu, sama ada nak marah, nak nangis atau nak tergelak.. Aku pun cuba sedaya upaya untuk memasang semula roda tersebut. Berpeluh2 aku dibuatnya.


Aku terus berusaha dengan harapan roda tu akan terpasang semula.. Tapi usaha aku sia-sia. Nadia yang ada pun turut tolong aku tapi tetap sia-sia. Aku malas nak fikir panjang sebab aku dah lambat naik bas UMT, tak pasal2 kena tinggal pulak. Aku ambil cara mudah dengan mengheret bag tersebut sehingga ke gelanggang futsal. Sampai sana, aku dah tak larat. Aku pun minta bantuan Zu. Dia datang dan tolong aku angkat bag tu.. Bag aku berat sangat sampai kitorang tak larat sangat nak angkat.. Aku pun tarik dengan menyondongkan bag ke arah kiri yang beroda tu, tiba2 je roda lagi satu tercabut... memang nak nangis aku dibuatnye.. bas da nak gerak pulak tu, perjalanan aku nak ke bas jauh lagi.. Aku sedih sangat2..


Tapi aku usahakan juga sampai ke bas.. pedih sangat tangan aku sampai menggigil2... Aku terfikir, nanti kat stesen bas, macam mana la nak angkat.. Tiba sahaja di stesen bas, aku tinggalkan bag aku jauh dari tempat aku duduk sebab aku dah tak larat nak angkat bag tu. Bas sampai sahaja aku terus angkat bag dan terpaksa tebalkan muka mintak tolong pak cik2 tu angkatkan bag aku.. Terima kasih pak cik. Sepanjang perjalanan aku memikirkan bagaimana nanti ayah nak angkat bag tu? Tak habis fikir aku sampai tertidur aku.. Sampai sahaja, ayah pun ambil bag aku dan angkat bawak ke van. Tak pasal2 ayah mandi peluh pagi2 bute tu dek angkat bag aku yang tersangat la berat tu... maaf la, angah tak tau pulak blh jadi cam ni, Allah nak uji kesabaran angah.. Alhamdulillah angah mampu hadapi dan masih boleh berfikir dalam keadaan begitu.. Pertama kali dalam hidup aku, dan aku dapat pengajaran dari kejadian tu.. aku tak boleh sumbat barang banyak2 dalam bag sehingga terlebih muatan, hehe.. Last2 diri sendiri yang merana.. Itu sahaja yang ingin aku kongsikan untuk kali ini. Apa-apa pun aku seronok sebab dah selamat sampai ke rumah dengan selamat. Wasalam.

0 comments: