Assalamualaikum
Kali ni aku nk cite skit tntang hukum kaum Adam (lelaki) memakai inai. Sekarang ni kita dapat lihat betapa ramainye lelaki yang melangsungkan perkahwinan memakai inai, untuk pengetahuan semua, inai x blh dipakai oleh lelaki kerana ia menyerupai wanita....klu x pecaya aku blh buktikan yang dipetik dari Fatwa Syeikh Masyhur Hassan Salman di dalam kitab kumpulan Fatwa beliau :
bermaksud : "mewarnakan atau inai pada lelaki dibolehkan pada keadaan yang digunakan oleh para Sahabat Nabi s.a.w. dan Tabie'en dan juga dipakai pada janggut dan rambut sekiranya kepada kedua-duanya terdapat uban, manakala pada tangan-tangan dan kaki-kaki maka tidak dibolehkan bagi lelaki untuk memakai inai melainkan hanya untuk berubat dengannya, adapun jika ia digunakan untuk tujuan perhiasan, padanya penyerupaan seperti perempuan, maka tidak dibolehkan baginya mewarnai kaki dan tangan melainkan untuk tujuan perubat. Adapun uban pada janggut dan rambut walaupun sedikit maka daripada sunnah Nabi s.a.w. baginya mewarnai ubannya.
Di sini telah jelaslah bahawa inai tidak boleh dipakai oleh lelaki pada hari perkahwinannya kerana apa2 perkara yang berkaitan dengan perhiasan perempuan diharamkan oleh lelaki memakainya kecuali dengan tujuan perubatan. Begitu juga pada perempuan yang suka mengukir corak di tangan dengan inai, ia x boleh kerana menyerupai TATU....
Aku harap semua kaum Adam di luar sana dapat menitikberatkan perkara ini yang kini dipandang remeh oleh semua. Janganlah sesekali kita dekati dengan perkara yang haram. Kepada semua yang sudah mengetahui tentang perkara ini, sebarkanlah... Sesengguhnya Allah suka pada umatnya yang saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
(aku bukan manuasia yang sempurna)....
Sampai di sini dahulu,wasalam.
0 comments:
Post a Comment