BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Thursday, March 28, 2013

SAKITNYE HATI AKU....

Assalamualaikum semua.

Lama sangat tak update blog ni, dah berabuk besarang bagai dah aku tengok.. Aku sekarang tengah busy sikit, minggu depan aku cuti sem, x saba nak balik umah rasenye... Macam-macam yang jadi kat umah tu aku dengar lebih-lebih lagi tentang kucing aku. Aku doa agar semua orang di rumah tu dalah keadaan sihat dan selamat, Amin.

Dah dua minggu masuk hari ni, aku bersabar dengan budak bilik yang sorang tu. Tah ape salah kitorang pun tak tau la, tiba-tiba je masuk bilik buat muke buruk die tu. Dah la hempas-hempas pintu, yang paling aku tak tahan tu, hempas waktu aku n budak bilik yang lain tengah mengaji, tido. Tah kena sampuk setan mana pun tak tau la aku. Habistu sesuka hati je nak bukak lampu bilik waktu kitorang tengah tido. Sakitnya hati.... Bila ditegur lagi menjadi-jadi. Malas la aku nak tegur lagi. Dia ingat aku dengan yang lain tak de perasaan ape, asyik nak fikir die je, buang masa tau tak. Nyesal pulak aku ambil dia jadi group assignment & ajak duduk rumah sewa naik sem ni.

Aku tak suka la nak gaduh-gaduh ni, tapi die bikin wa panasssss. Tapi aku masih boleh sabar ag ni. Jangan sampai aku hilang sabar, naik setan aku nanti baru tahu sapa aku... Bilalah kemarau die nak reda agaknye. Tu la jadinya kalau malas nak mengaji, lepas solat pun tak reti nak doa. Manelah tak baran je hati tu, banyak sangat setan... Dahla aku lebih tua daripada dia, sesuka hati je nak malukan aku depan orang ramai, dasar mulut takda insurans.

"Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menangani dugaan yang kau berikan padaku".
Aku mintak maaf la kalau post aku kali ni penuh emosi... Doakan aku supaya aku boleh teruskan belajar dengan tenang ye kawan-kawan.
Wasalam