BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Wednesday, November 19, 2014

Mini Karnival Kaunseling UMT

Assalamualaikum...

Di petang yang dingin ini, ingin ku coretkn beberapa kenangan lalu yang telah ku lalui dengan penuh liku. hehe x leh bla kan ayat aku. Aku nak kongsi sedikit tentang aktiviti yang telah aku lakukan pada semester ini iaitu MINI KARNIVAL KAUNSELING DI ILP. Ni merupaka assignment di bawah subjek Apprisal Dalam Kaunseling. Setiap kumpulan mempunya 8 ke 10 orang ahli dan setiap kumpulan perlu membuat aktiviti ini di mana-mana tempat yang mereka suka. Bagi aku agak berat untuk buat benda ni dengan hanya 8 orang ahli sahaja tetapi setelah melakukannya, aku agak mudah kerana kerjasama antara ahli kumpulan dan kaunselor ILP sangat memudahkan perjalanan program.

Ketika Program :

Kami hanya diberi 2 jam sahaja untuk membuat program ini dan Alhamdulillah kami dapat membuat dengan jayanya. Para pelajar di sana sangat bagus dan mereka memberi kerjasama sepanjang program berlangsung. Kami menyediakan beberapa slot iaitu slot berkaitan bagaiman untuk menhilangkan stigma terhadap kaunseling, slot permainan, slot inventory, dan slot relexation. Program ini fokus kepada Pengurusan Stress. hasilnya (rahsia, hehe).... Kaunselor ILP sangat bagus siap bagi tau lagi bagai mana nak buat program yang lebih besar, nak tarik perhatian peserta dan slot-slot yang bagus untuk beberapa program. Terlalu banyak ilmu yang aku perolehi daripada kaunselor tersebut. Aku doakan agar para pelajar di ILP dapat memperoleh kejayaan kelak.



Sunday, August 24, 2014

Raya bersama Geng Hira'

Assalamualaikum Sahabat sekalian?

Dah lame sangat2 tak update blog ni, sampai aku sendiri tak tahu nak tulis ape. Sem baru dah nak mule (Tahun 3, sem 5), aku tibe2 je jadi tak sabar pulak nak belajar.

Cuti kali ni aku banyak pi jalan2 berbanding tahun2 lepas. Aku pergi Penang, Kedah dan Jalan2 dengan budak sekolah Hira'. Aku macam tak percaya je bila budak2 Hira' ajak jalan2. Almaklumlah, aku bukannya rapat sangat dengan dorang semua tapi aku seronok sangat sebab dorang masih ingat dekat aku. Mule2 ktorang pi Damansarah (rumah kemba). Tak sangka aku yang Atiqah dah sarat mengandung, tapi tak nampak pun macam orang mengandung, sebab anak sulung kot. Meriah sangat rumah die sebab die buat open house dan sambutan hari lahir adik dan anak buah dia. Yang paling aku suka kat sana adalah kek tiramisu dan manisan (aku x ingat la nama ape). Isu yang biasa dorang borak sekarang adalah tentang KAHWIN. Isu yang paling aku tak suka, nak2 kalau dorang tanya aku. Terpaksalah aku mendiakan diri dan dengar jelah topik dorang tu. Lagi pun budak Hira' dah ramai yang dah kahwin dan ramai jugak ang akan kahwin hujung tahun ni. Ape pun tahniah aku ucapkan pada korang yang akan menjadi ibu dan isteri dan semoga korang tabah harungi segala ujiah yang Allah berikan.


Selesai rumah kemba, kami pergi rumah Athifah pula di Banting. Sampai je rumah, ktorang terus solat dan makan lagi. Rumah Athifah menarik sangat baik dari segi deko dan design. Seronok sangat bila ada tanah sendiri ni, belah belakang penuh dengan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. adik dengan ayah die rajin sangat cucuk tanam ni. lama jugak kitorang lepak kat rumah tifahdan rumah die dah jadi tempat sesi fotografi ktorang.



Sampai sini saja untuk kali ni. pape pun aku seronok sangat dapat keluar dengan dorang. Semoga ukhuah yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga.

Friday, February 14, 2014

Majlis Perkahwinan Nadia Syazana

Assalamualaikum.

Ini merupakan majlis perkahwinan kali kedua yang aku hadiri sepanjang cuti semester iaitu Majlis Perkahwinan Nadia Syazana. aku tau ramai kawan-kawan yang tak sangka aku akan datang sebab aku tak berapa rapat dengan Nadia. Dorang tak tau betapa rapatnya aku dengan Nadia semenjak kami sama2 harungi susah dan senang sepanjang kami memasuki Kursus Produk Halal di MISDEC. Aku akui yang aku tak berapa rapat dengan Nadia ketika di KUIM. Pertemuan kami di MISDEC mengeratkan hubungan aku dengannya begitu juga dengan keluarga kami.

Aku datang seorang dari Selangor dan di MC aku berjumpa dengan Kak Amal dan Kak Linda. Kemudian kami pergi kenduri dengan Azuan. Kenduri tersebut sangat meriah dan ramai orang. Bila aku sampai je, pengantin tengah bersanding kira pengantin pun baru tibalah. Aku sempat jumpa Kak Radhia bersama suami dan anaknya yang sangat comel tu. Aku x dpt jumpa Kak Wani dan Kak Nazihah. Budak2 KUIM takya cakap la, memang ramai.


Seronoklah dapat tengok dia kahwin dan jumpa kawan-kawan yang lain. Peluang macam ni tak tahu lagi bila datangnya. Aku doakan Nadia dan suami berbahagia dan dapat menjalani bahtera rumahtangga dengan tabah. Sampai sini sahaja. Wasalam.

Monday, February 10, 2014

Muffin Coklat Kukus dan Kek Coklat Cheese Kukus

Assalamualaikum.

kali ini aku nak kongsi 2 resepi iaitu Muffin Coklat dan Kek Coklat Cheese. Aku buat semua ni sebab aku terpengaruh dengan masakan yang aku tengok hasil daripada Master Chef All Star. Aku jadi makin semangat nak buat semua ni. Mula2 aku buat muffin ikut resepi aku sendiri (bkn susah pun).



tu dia gamba muffin coklat kukus, cantikkan dia naik. Bila makan je da rasa macam makan kuih apam je sebab lembut sangat tapi sedap tau.
Bahan2 :
1 biji telur
1 sudu makan esen vanilla
1 cawan minyak
1 1/2 gula halus
* campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati

kemudian campurkan bahan2 dibawah ini dan hendaklah diayak dahulu sebelum mencampurkannya :
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate
1 cawan tepung muffin
3 cawan tepung penaik

setelah campurkan kesemua ini, gaulkan sehingga rata dan letakkan ke dalam cup dan sekiranya nak rasa lebih sedap, masukkan coklat bar di dalam setiap cup. Masukkan di dalam kukus dan tunggu sehingga 10 ke 15 minit. Maka siaplah Muffin anda dan boleh dimakan bersama yang tersayang.

KEK COKLAT CHEESE KUKUS


Itu dia kek coklat cheese, sedapppppp. nak buat tu agak mudah la. Mari kita tengok bahan2nya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gua merah
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan susu cair @ susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 minyak jagung @ minyak sayur
1/4 sudu kecil garam
* Masukkan ke dalam periuk dan masakkan di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati. Setelah larut, tutup api dan biarkan ia suam.

Sementara itu, sediakan:
125 gram tepung gandum
1 sudu kecil bicarbonate
2 sudu serbuk penaik
* ayak bahan tersebut dan masukkan ke dalam adunan yang telah suam tadi secara sediki2, Kacau sehingga rata.
* setelah itu, masukkan 1 sudu besar jus lemon dan kacau sehingga sebati

Masukkan acuan ke dalam loyang yang dah di gris dengan mentega. dan masukkan ke dalam kukus selama 45 minit ke 1 jam.

Sekarang ni kita buat krim cheese pula, bahan2nya:
250 gm cream cheese
1/2 tin susu pekat mani
*putar guna mixer sehingga kembang setelah itu masukkan 3 sudu besar jus lemon.

setelah kek siap dimasak, sejukkan kek tersebut dan barulah letakkan acuan cream cheese tadi dan hiaskan dengan parutan cheese (mozarella) dan colour rise (hiasan mengikut cita rasa anda). Setelah selesai, masukkan ke dalam peti ais dan boleh la di makan pada keesokkan harinya bersama tersayang.

Mudah sahaja...... Selamat mencuba semua.

Monday, January 20, 2014

Pertemuan Yang Bermakna

Assalamualaikum Semua :)

Lama sangat rasanya tak update blog ni. Aku baru je habis final exam tok sem 3. Sem 3 ni tersangat la busy dan semuanya core subject, so kenalah buat betul2. Aku bukan nak cerita pasal sem3 tapi aku nak cerita tentang pertemuan aku dan buadak sekolah rendah (HIRA')di Pasar malam.

Pada mulanya, aku tak nak pun pergi pasar malam dekat dengan rumah tu, tapi tiba-tiba ja aku rasa macam teringin sangat nak kua pi pasar malam lepas maghrib. Aku pun ajak la mak kua pi pasar malam. Sepanjang aku dekat sana, aku terjumpa kawan sekolah HIRA' iaitu Khadijah Ibrahim bersama emaknya. Almaklumlah, aku dah lama sangat tak jumpa kawan2 sekolah HIRA'. Dalam pertemuan tu, khadijah ada mengajak aku pergi Majlis Perkahwinan Nabila Yaakob. Aku teruja sangat sebab aku tahu kat sana nanti aku akan jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Bila sampai je rumah, aku rasa macam taksangka pulak, patut la aku macam nak sangat pergi pasar malam. Bukan apa, aku ni tak berapa suka pergi pasar malam ni. Aku bersyukur sangat sebab Allah temukan aku dengan khadijah sebab aku rindu nak jumpa kawan-kawan yang lain.

Keesokkan harinya (19/1/2014), Khadijah bg tau yang dia dan Zakiah akan ambil aku kat rumah. Punya la sukanya aku ni sampai aku siap terlalu awal. klaka pulak bila teringat balik (siap kelangkabut lagi, berdeba pun ada). Tah apa2 jekan aku ni, macam orang nak nikah pilak, siap nak bedeba2. Kami bertolak dalam pukul 12.00 tengah hari dan dalam perjalanan tu kami ambil Rayyan dan terus ke destinasi. Setibanya kami di sana, aku melihat sudah ramai yang datang untuk meraikan kedua2 mempelai. Kami pun terus berjumpa kawan2 dan berjumpa keluarga pengantin. Mereka sangat terkejut melihat kehadiranku sebab terlalu lama kami tidak bersua. Seronok sangat, memang riuh meja kami. Selesai makan, kami beramai2 pergi bergamba dengan pengantin. Ramai Muallim dan Muallimah yang aku jumpa cuma aku ingat2 lupa ja nama mereka. Kawan-kawan yang lain pun ramai yang da kawin dan ada yang bawak anak2 lagi. Yang bujang dah tak ramai da.



ni lah muka2 bujang. tu pun tahun ni, ramai yang nak menamatkan waktu bujang mereka. Aku sangat seronok dapat jumpa dorang semua walaupun aku agak kurang bercakap tapi dorang tak sedikit pun yang mengenepikan aku. Pengantin sangat terkejut apabila aku datang berjumpa dengannya. katanya dia tak sangka aku akan datang majlisnya kerana dia cuba untuk mendpatkan no. aku tapi tak ada sorang pun tahu sebab aku tukar no baru. Aku doakan Semoga Nabila dan suami kekal hingga akhir hayat dan aku harap pertemuan ini bukanlah pertemuan yang terakhir aku bersama mereka.



Cukuplah sampai di sini sahaja. Ade cerita nanti aku update ye. Maaf sebab da lama tak update. :)

Thursday, August 22, 2013

Harmoni Collection + Hari Raya 2013

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Rindunye aku nak update blog ni dan akhirnya aku dapat juga. Suka x terkata :)

Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan sampaikan nak mulakan dari mana pun tak tahu dah.. ermmm
Ok... Aku mula dari kerja dulu lah. 2 minggu selepas aku cuti sem, aku mula mencari kerja untuk menampung perbelanjaan aku untuk sem akan datang. Almaklumlah kalau duduk umah je nanti jadi malas terlebih, duit pun tak dapat. Pada mulanya aku usah kedai tudung dan aku jumpa sekali tuan kedai tapi setelah seminggu menunggu, jawapannya mengecewakan. Aku mula mencari yang lain di sekitar tempat yang sama dan aku turus diambil bekerja. Hari pertama aku masuk kerja, aku rasa ok je dan tak diduga, aku terpaksa berhenti dek kerana kedua orang tuaku tak suka. Aku pun terus mencari kerja yang lain iaitu kerja di tempat kerja adik aku iaitu Harmoni tapi adik aku dah berhenti sebab dia sambung belajar. Aku pun mula bekerja di sana selama sebulan 2 minggu sahaja. Alhamdulillah aku seronok kerja di sana tapi aku lagi seronok kerja di Canggih tempat mula2 aku kerja dulu.



Gamba kat atas ni time ketorang buka puasa. Mewahkan, Bos (Kak Sha) belanja kitorang makan sebab sale pada hari tu dah terlebih target, seronok sangat. Tapi sebelum tu ada juga dia belanja kitorang makan kat restoran seksyen 13 Shah ALam tanda penghargaan terhadap pekerja. Tengok la muka masing2 yang tak sabar nak makan tu..



Gamba ni waktu si syafiqah last day dan 2 hari lepas tu aku pulak berhenti. Ini lah geng kitorang selama sebulan lebih ni. Macam2 ragam ade, apepun semua tu hanya tinggal kenangan baik pahit atau pun manis.

HARI RAYA 2013


Inilah gamba formal untuk raya tahun ni yang bertemakan warna hijau. tahun ni baju sama tapi fesyen lain2. Raya tahun ni tak rasa sangat tapi best la jg. Duit raya pun tak dapat banyak... (x heran sangat pun sebab dah besarkan)

Raya Pertama :



Raya Kedua :

Thursday, May 30, 2013

Steamboat + TCC, Terengganu

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis ni, maklumlah internet kat sni x bape nak elok. Banyak sangat cerita yang ingin aku kongsikan. Tengoklah bape banyak yang aku larat taip. hehe

Waktu aku balik rumah baru-baru ni sebelum mengundi,Aku sekeluarga pergi makan steamboat kat Seksyen 33. adik aku yang belanja, hehehe.. memang best la sebab makan free kan. Tempat die memang cantik, restoran dia 2 tingkat dan kitorg tempah meja atas. Sampai2 je kat sana, ade perhimpunan parti pembangkang t aku tak mau citelah pasal tu, agak sesak la jugak tempat tu sampaikan kitorang terpaksa parking kereta jauh tp x jauh mana pun hehe... Mule-mule tu rase teruja sangat sebab ni pertama kali aku makan steamboat ni , makanan die banyak sangat sampaikan aku tak tahu nak pilih yang mana, nasiblah time tu aku tak berapa lapar so amek sekadar nak rasa jelah. Suke sangat tengok gelagat sorang-sorang yang ade kat situ, ada yang amek banyak sangat tak tau la aku dorang tu habis ke tak tapi keluarga aku amek sekadar rasa jelah, Alhamdulillah sangat kenyang. Yang paling aku suka aiskrim honeydew (sedapnyeeee) rasa nak pi beli je dan makan puas-puas (yum3).



macam-macam gelagat dorang ni. sedap ar makan kat sini.... De rezeki boleh makan steamboat ag tp tak tau sape pulak yang baik hati nak belanje, hehehehe...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak cerita tentang TTC pulak iaitu aktiviti wajib pelajar UMT yang mengambil subjek Asas Keusahawanan. Aku wat servis Inventori Personaliti Warna (lain daripada yang lain, hanya ada di gerai aku sahaja). Sangat seronok aktiviti di sini dan gerai aku pun mendapat sambutan yang agak baik. Walaupn aku hanya berdua iaitu dengan Norul tetapi kami mampu memberi servis yang baik kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai kami. Ramai kawan-kawan yang membantu kami menjaga gerai ketika kami pergi solat dan makan. Terima kasih kepada yang terlibat, jasa baik korang amat kami hargai. Macam-macam gelagat aku dapat lihat dan di sini aku berasa sangat yakin untuk bercakap dengan orang ramai. Ini membuatkan aku semakin berani untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan kepada aku dan aku melihat keeranian Norul berhadapan dengan orang semakin bertambah, Alhamdulillah. Aku harap aktiviti begini berpanjangan agar mahasiswa/i dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana dan dapat menjadi seorang usahawan yang baik pada masa akan datang, InsyaAllah. Yang paling best, Group Sarjana Muda Kaunseling (Gerai 16)menang dan dinobatkan sebagai ......inovatif (sorry la tak ingat nama anugerah tu). Walaupun aku tak menang tapi aku bangga jugalah sebab pelajar kaunseling semuanya kreatif belaka. Grou lain semuanya meniaga benda yang sama tapi kaunseling lain dari yang lain, hehe.



Ini semua diantara sahaja bukan semua. Gerai pelar kaunseling semua sekali 26. aku masukkan mana yang mempu jelah. Ini sahaja yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Minggu depan aku dah Final Exam, doakan aku ye kawan2 agar semuanya dipermudahkan. Wasalam.