BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Monday, February 10, 2014

Muffin Coklat Kukus dan Kek Coklat Cheese Kukus

Assalamualaikum.

kali ini aku nak kongsi 2 resepi iaitu Muffin Coklat dan Kek Coklat Cheese. Aku buat semua ni sebab aku terpengaruh dengan masakan yang aku tengok hasil daripada Master Chef All Star. Aku jadi makin semangat nak buat semua ni. Mula2 aku buat muffin ikut resepi aku sendiri (bkn susah pun).



tu dia gamba muffin coklat kukus, cantikkan dia naik. Bila makan je da rasa macam makan kuih apam je sebab lembut sangat tapi sedap tau.
Bahan2 :
1 biji telur
1 sudu makan esen vanilla
1 cawan minyak
1 1/2 gula halus
* campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati

kemudian campurkan bahan2 dibawah ini dan hendaklah diayak dahulu sebelum mencampurkannya :
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate
1 cawan tepung muffin
3 cawan tepung penaik

setelah campurkan kesemua ini, gaulkan sehingga rata dan letakkan ke dalam cup dan sekiranya nak rasa lebih sedap, masukkan coklat bar di dalam setiap cup. Masukkan di dalam kukus dan tunggu sehingga 10 ke 15 minit. Maka siaplah Muffin anda dan boleh dimakan bersama yang tersayang.

KEK COKLAT CHEESE KUKUS


Itu dia kek coklat cheese, sedapppppp. nak buat tu agak mudah la. Mari kita tengok bahan2nya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gua merah
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan susu cair @ susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 minyak jagung @ minyak sayur
1/4 sudu kecil garam
* Masukkan ke dalam periuk dan masakkan di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati. Setelah larut, tutup api dan biarkan ia suam.

Sementara itu, sediakan:
125 gram tepung gandum
1 sudu kecil bicarbonate
2 sudu serbuk penaik
* ayak bahan tersebut dan masukkan ke dalam adunan yang telah suam tadi secara sediki2, Kacau sehingga rata.
* setelah itu, masukkan 1 sudu besar jus lemon dan kacau sehingga sebati

Masukkan acuan ke dalam loyang yang dah di gris dengan mentega. dan masukkan ke dalam kukus selama 45 minit ke 1 jam.

Sekarang ni kita buat krim cheese pula, bahan2nya:
250 gm cream cheese
1/2 tin susu pekat mani
*putar guna mixer sehingga kembang setelah itu masukkan 3 sudu besar jus lemon.

setelah kek siap dimasak, sejukkan kek tersebut dan barulah letakkan acuan cream cheese tadi dan hiaskan dengan parutan cheese (mozarella) dan colour rise (hiasan mengikut cita rasa anda). Setelah selesai, masukkan ke dalam peti ais dan boleh la di makan pada keesokkan harinya bersama tersayang.

Mudah sahaja...... Selamat mencuba semua.

0 comments: