BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Thursday, May 30, 2013

Steamboat + TCC, Terengganu

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis ni, maklumlah internet kat sni x bape nak elok. Banyak sangat cerita yang ingin aku kongsikan. Tengoklah bape banyak yang aku larat taip. hehe

Waktu aku balik rumah baru-baru ni sebelum mengundi,Aku sekeluarga pergi makan steamboat kat Seksyen 33. adik aku yang belanja, hehehe.. memang best la sebab makan free kan. Tempat die memang cantik, restoran dia 2 tingkat dan kitorg tempah meja atas. Sampai2 je kat sana, ade perhimpunan parti pembangkang t aku tak mau citelah pasal tu, agak sesak la jugak tempat tu sampaikan kitorang terpaksa parking kereta jauh tp x jauh mana pun hehe... Mule-mule tu rase teruja sangat sebab ni pertama kali aku makan steamboat ni , makanan die banyak sangat sampaikan aku tak tahu nak pilih yang mana, nasiblah time tu aku tak berapa lapar so amek sekadar nak rasa jelah. Suke sangat tengok gelagat sorang-sorang yang ade kat situ, ada yang amek banyak sangat tak tau la aku dorang tu habis ke tak tapi keluarga aku amek sekadar rasa jelah, Alhamdulillah sangat kenyang. Yang paling aku suka aiskrim honeydew (sedapnyeeee) rasa nak pi beli je dan makan puas-puas (yum3).



macam-macam gelagat dorang ni. sedap ar makan kat sini.... De rezeki boleh makan steamboat ag tp tak tau sape pulak yang baik hati nak belanje, hehehehe...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak cerita tentang TTC pulak iaitu aktiviti wajib pelajar UMT yang mengambil subjek Asas Keusahawanan. Aku wat servis Inventori Personaliti Warna (lain daripada yang lain, hanya ada di gerai aku sahaja). Sangat seronok aktiviti di sini dan gerai aku pun mendapat sambutan yang agak baik. Walaupn aku hanya berdua iaitu dengan Norul tetapi kami mampu memberi servis yang baik kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai kami. Ramai kawan-kawan yang membantu kami menjaga gerai ketika kami pergi solat dan makan. Terima kasih kepada yang terlibat, jasa baik korang amat kami hargai. Macam-macam gelagat aku dapat lihat dan di sini aku berasa sangat yakin untuk bercakap dengan orang ramai. Ini membuatkan aku semakin berani untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan kepada aku dan aku melihat keeranian Norul berhadapan dengan orang semakin bertambah, Alhamdulillah. Aku harap aktiviti begini berpanjangan agar mahasiswa/i dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana dan dapat menjadi seorang usahawan yang baik pada masa akan datang, InsyaAllah. Yang paling best, Group Sarjana Muda Kaunseling (Gerai 16)menang dan dinobatkan sebagai ......inovatif (sorry la tak ingat nama anugerah tu). Walaupun aku tak menang tapi aku bangga jugalah sebab pelajar kaunseling semuanya kreatif belaka. Grou lain semuanya meniaga benda yang sama tapi kaunseling lain dari yang lain, hehe.



Ini semua diantara sahaja bukan semua. Gerai pelar kaunseling semua sekali 26. aku masukkan mana yang mempu jelah. Ini sahaja yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Minggu depan aku dah Final Exam, doakan aku ye kawan2 agar semuanya dipermudahkan. Wasalam.

0 comments: