BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sahabat Sejati

KAWAN amat mahal takrifnya. Itu lah yang ditakrifkan oleh Allah kepada hambanya. Sahabat mudah untuk di lafazkan tetapi susah untuk dizahirkan, kerana sahabat itu adalah tanggjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu didalamnya. Igat pada sahabat yg setia. Setia pada sahabat yang kasih, kasih pada sahabat yg rindu. rindulah pd sahabat yang menasihatimu. Sahabat tidakan hadir kalau tak dicari, sahabat juga tidakan ada kalau tak mencari. tapp cari la sahabat & berilah pada yang sudi, bukan meminta simpati...itulah erti SAHABAT SEJATI...



Renungkanlah...


Sbda Rasulullah :" barang siapa hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah, malaikat & akan diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim : baca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabilla : bile x dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah @ mendengar kematian.

7. Lailahaillallah : bacalah sepanjang siang & malam sebanyak2nya.

(amalkanlah selalu, semoga kita tergolong dikalagan orang yang terpilih oleh Allah... amin)

Thursday, May 30, 2013

Steamboat + TCC, Terengganu

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis ni, maklumlah internet kat sni x bape nak elok. Banyak sangat cerita yang ingin aku kongsikan. Tengoklah bape banyak yang aku larat taip. hehe

Waktu aku balik rumah baru-baru ni sebelum mengundi,Aku sekeluarga pergi makan steamboat kat Seksyen 33. adik aku yang belanja, hehehe.. memang best la sebab makan free kan. Tempat die memang cantik, restoran dia 2 tingkat dan kitorg tempah meja atas. Sampai2 je kat sana, ade perhimpunan parti pembangkang t aku tak mau citelah pasal tu, agak sesak la jugak tempat tu sampaikan kitorang terpaksa parking kereta jauh tp x jauh mana pun hehe... Mule-mule tu rase teruja sangat sebab ni pertama kali aku makan steamboat ni , makanan die banyak sangat sampaikan aku tak tahu nak pilih yang mana, nasiblah time tu aku tak berapa lapar so amek sekadar nak rasa jelah. Suke sangat tengok gelagat sorang-sorang yang ade kat situ, ada yang amek banyak sangat tak tau la aku dorang tu habis ke tak tapi keluarga aku amek sekadar rasa jelah, Alhamdulillah sangat kenyang. Yang paling aku suka aiskrim honeydew (sedapnyeeee) rasa nak pi beli je dan makan puas-puas (yum3).



macam-macam gelagat dorang ni. sedap ar makan kat sini.... De rezeki boleh makan steamboat ag tp tak tau sape pulak yang baik hati nak belanje, hehehehe...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak cerita tentang TTC pulak iaitu aktiviti wajib pelajar UMT yang mengambil subjek Asas Keusahawanan. Aku wat servis Inventori Personaliti Warna (lain daripada yang lain, hanya ada di gerai aku sahaja). Sangat seronok aktiviti di sini dan gerai aku pun mendapat sambutan yang agak baik. Walaupn aku hanya berdua iaitu dengan Norul tetapi kami mampu memberi servis yang baik kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai kami. Ramai kawan-kawan yang membantu kami menjaga gerai ketika kami pergi solat dan makan. Terima kasih kepada yang terlibat, jasa baik korang amat kami hargai. Macam-macam gelagat aku dapat lihat dan di sini aku berasa sangat yakin untuk bercakap dengan orang ramai. Ini membuatkan aku semakin berani untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan kepada aku dan aku melihat keeranian Norul berhadapan dengan orang semakin bertambah, Alhamdulillah. Aku harap aktiviti begini berpanjangan agar mahasiswa/i dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana dan dapat menjadi seorang usahawan yang baik pada masa akan datang, InsyaAllah. Yang paling best, Group Sarjana Muda Kaunseling (Gerai 16)menang dan dinobatkan sebagai ......inovatif (sorry la tak ingat nama anugerah tu). Walaupun aku tak menang tapi aku bangga jugalah sebab pelajar kaunseling semuanya kreatif belaka. Grou lain semuanya meniaga benda yang sama tapi kaunseling lain dari yang lain, hehe.



Ini semua diantara sahaja bukan semua. Gerai pelar kaunseling semua sekali 26. aku masukkan mana yang mempu jelah. Ini sahaja yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Minggu depan aku dah Final Exam, doakan aku ye kawan2 agar semuanya dipermudahkan. Wasalam.

Thursday, May 2, 2013

Mendaki Gunung Stong

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku mengikuti satu program di bawah Kelab Kembara UMT ke Gunung Stong, Dabong, Kelantaan. Akhirnya dapat juga aku panjat gunung. Aku memang suka aktiviti masuh hutan ni sebab mencabar, dapat mandi air terjun dan dapat tengok sesuatu tempat dari puncak gunung. Tak semua orang mampu untuk panjat gunung dan aku rasa sangat bertuah kerana Allah memilih aku untuk teroka alam ciptaannya (da macam slogan UMT la pulak "Teroka Seluas Lautan" hehe..)

Sebelum pergi, kita orang ada buat Fitness. Aku ingatkan fitness dia sekadar joging je rupa-rupanya tak. Dah la kena lari 5 pusingan padang lepas tu kena naik dan turun tangga 10 kali. Memang nak nangis ar waktu tu. Tak larak wei.... Budak-budak yang lain pun tak larat gak sampai ada yang buat 5 kali je. Habis je fitness, aku dengan kawan pun balik asrama, menggigil kaki aku dibuatnye waktu naik tangga, dah macam orang tua aku tengok sorang-sorang.

Sebelum pergi, kitorang ada buat perjumpaan kedua untuk agihkan kumpulan dan ambil peralatan makanan dan makanan untuk di baawa ke sana. Aku rasa semakit tidak sabar untuk ke sana. Aku dapat kumpulan 3 dan ada 4 orang ahli iaitu aku, Fatin, Sophi dan Abg Amir. waktu perkenalan tu dah nampak yang dorang tu baik dan peramah. Kami juga diberitahu tentatif program semasa di sana.


Sorry la sebab kertas ni dah renyok sangat sebab kena hujan, hehe..





Kami pergi dengan sejumlah 27 orang satu bas. Sampai sahaja di Di kawasan gunung, kami di ambil oleh van untuk naik ke kaki gunung. Di sana, kami melakukan sedikit senaman untuk mengelakkan kekejangan otot kerana kami kena mendaki Gunung Baha dan berkhemah di situ. Kami diiringi oleh 2 orang iaitu Abang Ayie dan Abang Six untuk besama kami sepanjang ekspedisi ini. Kami memulakan aktiviti pendakiaan selepas solat jamak maghrib dan isya', dalam pukul 8.00 malam. endakian kami memakan masa 2 jam 30 minit. ini kerana ada dikalangan peserta yang hampir pitam, muntah-muntak dan aku juga mengalami sesak nafas dek kerana terlalu sejuk dan ketika itu hujan turun renyai-renyai. Sangat mencabar di mana jalannya licin dan tiada tempat yang landai langsung, smuanya mendaki. Sampai sahaja di tapak perkhemahan, kami terus dirikan khemah dan mengisi perut yang kelaparan. Aku dan beberapa peserta mengambil peluang untuk turun ke sungai untuk membersihkan diri.

Keesokkan harinya, selepas solat subuh, aku dan peserta yang lain mengambil peluang untuk melihat matahari naik. Subahanallah, sangat cantik. Aku seronok sangat sebab dapat tengok. Selapas itu masing-masing sibuk memasak nasi untuk dibawa ke puncak gunung dan makan di sana. Tepat jam 9.00 pagi, kami melakukan sedikit senaman dan memulakan pendakianan ke Gunung Stong. Gunung dia tu condong 85 darjah wooo. pada mula pendakian tu semuanya ok dan semua peserta bergerak laju. Selepas cek poin pertama, aku dah mula sesak nafas kerana oksigen makin kurang dan sejuk. Aku sendiri tak sangka yang aku boleh jadi macam ni sebab aku dah lama tak kena semput ni tapi Alhamdulillah ramai yang membantu aku dan beri semangat untuk teruskan pendakiaan. Banyak yang aku dapat belajar daripada mereka. Antaranya cara penafasan yang betul, teknik pendakian yang santai bagi mengelakkan kekejangan otot. Abang Amir banyak sangat tolong aku, siap tarik aku guna kain ag untuk aku jadi semangat nak mendaki. Abang Ayie pulak bagi aku ubat kuat (jangan sala tafsir ar)dia bagi aku kulit kayu serai wangi. Memang sedap bau dia dan buat aku jadi nyaman je. Banyak juga kesulitan yang aku lalui sepanjang pendakiaan tapi ia sesuatu yang sangat seronok. Gunung stong ni tinggi dia 1420 m. Sangat tinggi dan mencabar. Sampai sahaja di puncak dalam pukul 2.30 petang, aku dah mula menggigil dek terlalu sejuk, kawan-kawan banyak tolong aku. Terima kasih semua, aku takkan lupakan jasa baik korang. Bila aku dah ok sikit, aku pun makan, bergamba dan bersedia untuk balik.

Dalam perjalanan balik tu memang semuanya berjalan dengan lancar dan kami berjalan dengan begitu pantas tanpa ada sebarang kecederaan kalau ada pu tergelincir tapi itu semua perkara biasa, hehe.. kami berhenti di cek poin ke 3 untuk solat kerana di sana ada air terjun. kami pun teruskan perjalanan dan sampai di tapak perkhemahan dalam pukul 7 malam. Sampai sahaja kami diberi tahu bahawa tiada ssesiapa pun yang boleh turun ke sungai sampai pukul 8.00 malam. Aku pun duduk jelah dalam kemah. Pukul 8.00 malam kitorang bersihkan diri, solat dan makan. Lepas makan kami ada aktiviti bebas dan aku memilih untuk tidur dan yang lain-lain berborang di sungai. Dua malam aku tak bolehtidur sebab terlalu sejuk sampaikan bam panas tu tak berkesan langsung, baju pun aku dah pakai sampai tiga lapis tak berkesan gak. aku pun baring je la sekadar rehatkan badan.

Esok tu, kitorang ada aktiviti air tapi sebelum tu tetap kena mendaki tapi x jauhpun dalam 500 meter je. Mula-mula tu pergi air terjun yang tinggi, lepas tu pergi 7 telaga air. dalam tempat tu, aku dah masuk, sejuk dia tak yah cakap ar. akhir sekali pergi air terjun yang berdekatan dengan ttapak perkhemahan tu. Kitorang kena menggelongsor dari atas air terjun ke bawah. Mulanya aku tak berani tapi aku teringin pulak nak cuba dan aku pun cuba. Bila da sampai atas tu rasa macam nak terkeluar je jantung ni tapi aku cuba tenangkan diri bila tengok kengkawan lain buat macam best je. Bila time aku, aku pun buat tapi yang sedihnya aku hampir lemas sebab aku jatuh kat tempat yang dalam. Alhamdulillah Allah masih beri peluang kepada aku untuk hidup. Pak cik Nik dan Abang Ayie yang selamatkan aku. Lepas tu terus aku muntah... Habis aktiviti tu, kitorang naik untuk berkemas dan masak untuk tengah hari. Lepas makan, kitorang terus turun dan balik. Semasa perjalanan balik, tiada sebarang kecederaan cuma masing-masing dah tak larat dan sakit-sakit badan. Sampai sahaja di kaki gunung, kami terus bersihkan diri dan solat. Rasa sayang pulak nak balik, rindu nak mandi air terjun. Kami bertolak balik Ke UMT pada pukul 7.00 malam dan sampai di UMT pada pukul 11.45 malam.
Tak akan ku lupakan kenangan indah di GUNUNG STONG....




Setakat di sini sahaja untuk kali ini. Wasalam :)